• Aktiviti,  Dakwah,  KEMBARA,  Kisah Teladan,  Perspektif,  Rencah

    SUKARELAWAN BUKAN LAGAK JUTAWAN

    “Saya tak puas hati dengan misi kita”, kata seorang peserta secara tiba-tiba. Peserta yang lain tersentak. “Saya rasa seperti dipergunakan urusetia!”, beliau menambah lagi. Masing-masing melihat sekeliling. Mengapa dipergunakan? Urusetia mendapatkan penjelasan ; “Apa yang kamu tidak puas hati?”. “Mengapa pula kami kena bersihkan surau? Mengapa perlu membantu membersihkan rumah orang? Bukankah mereka ada keluarga sendiri? Orang kampung ramai-ramai buat apa?” “Kita tidur pun di asrama, sudahlah tak selesa. Kena kemas asrama kami pulak tu! Makanan pun lambat siap. Memang terasa macam dipergunakan”. Saya hanya diam apabila mendengar keluhan itu. Mungkin dia tidak faham, mungkin dia ingat misi kesukarelawan macam makan angin dan melancong. Sepanjang perjalanan ke lokasi operasi kami,…