• Bicara Siasah,  Rencah,  Review

    UMNO Menang Bukan Kerana Kuat

    1. Tahniah buat UMNO kerana berjaya menambah jumlah kerusi Parlimen dalam PRU13. Dulu ada 79 kerusi dan sekarang sudah ada 88 kerusi Parlimen yang dimiliki oleh UMNO. 2. PAS pula hanya berpuas hati dengan 21 kerusi, merosot 2 kerusi daripada PRU sebelum ini. 3. Bilangan kerusi UMNO bertambah manakala bilangan kerusi PAS berkurang. Adakah ini bermakna UMNO semakin kuat dan PAS semakin lemah? 4. Secara jujurnya saya merasakan bahawa UMNO tidak kuat dan PAS tidaklah lemah seperti yang disangka. Fenomena ini berlaku adalah kerana orang-orang Melayu sudah tidak mempunyai pilihan untuk bergantung harap selain daripada bergantung kepada UMNO. Baik buruk UMNO, itu sahajalah pilihan mereka (bagi kebanyakkan orang Melayu). 5.…

  • Bicara Siasah

    Menang Sorak Parti Tergadai?

    1. Walaupun keputusan PRU-13 kurang memberangsangkan bagi Barisan Nasional di peringkat Parlimen, tetapi jumlah kerusi UMNO bertambah daripada 79 (2008) kepada 88 kerusi pada PRU-13 ini. BN banyak tewas di kerusi yang ditandingi oleh MCA, Gerakan dan MIC. 2. Hal ini membuktikan tsunami pengundi masyarakat Cina benar-benar memberi kesan kepada Barisan Nasional. Buktinya, DAP berjaya memperolehi 38 kerusi daripada 51 kerusi yang ditandinginya. Hampir semua kerusi dalam pertembungan di antara BN(MCA) dan DAP dimenangi oleh DAP. 3. Berbeza pula dengan PAS. Sebelum PRU13 berlangsung, Presiden PAS Tuan Guru Haji Hadi Awang telah mengatakan bahawa Pas akan menjadi parti yang dominan dalam Pakatan Rakyat dengan menambah kerusi yang ditandinginya daripada 66…

  • Bicara Siasah,  Perspektif,  Rencah,  Review

    [TUN M] : Melayu Malu Mereka Melayu

    SAYA diberitahu ada muda mudi Melayu yang tolak bangsa mereka sendiri. Mereka berasa malu kerana mengakui mereka Melayu menjadikan mereka rasis kononnya. Seseorang yang dicap sebagai rasis bermakna mereka berfikiran sempit, tidak liberal, tidak menepati zaman. Lebih-lebih lagi jika mereka diberi layanan yang istimewa kerana kemelayuan mereka. Ini tidak adil. Sejak terlibat dengan usaha menebus maruah orang Melayu saya tidak segan-segan mengaku saya Melayu. Saya biasa hidup di zaman penjajah. Orang Melayu dan negeri Melayu dijajah oleh bangsa Portugis, Belanda, British, Jepun dan Siam. Semasa dijajah orang Melayu dipandang hina oleh penjajah. Saya biasa lihat orang Melayu ditendang di kepala hanya kerana tidak menghormati lagu kebangsaan bangsa penjajah. Penjajah tetap…

  • Bicara Siasah

    UMNO & PAS : AKIDAH KITA ADALAH SAMA

    Mungkin nukilan ini tidak disenangi oleh sesetengah pihak kerana nukilan ini menyeru kepada perpaduan. Maklumlah fenomena ‘bendera’ lain-lain menyebabkan kita ini berpecah dan bermasam muka. Saya harap para pembaca dapat berlapang dada dengan nukilan ini. Saya baru sahaja mengikuti Kursus Pemantapan Jati Diri di Kuala Selangor. Pengisiannya cukup mantap dan berkisar tentang pentingnya perpaduan dalam memperjuangkan agama dan bangsa. Alhamdulillah, saya mendapat ilmu yang baru di dalam kursus ini terutamanya tentang isu-isu semasa dan meningkatkan jati diri saya sebagai seorang Islam dan berbangsa Melayu. Share