• Aktiviti,  KEMBARA,  Nasyid

    DURBAN Episod 2 : MUZIK ADALAH HARAM?

    [SAMBUNGAN EPISOD 1] DJ Farhaat mendengar satu persatu lagu di dalam album yang saya berikan kepadanya. “Emm.. Satu lagu pun tak boleh dimainkan di radio”, katanya dengan hampa. “Kenapa?”,saya bertanya. “Ulama di sini mengatakan muzik adalah haram. Di radio memang tak boleh pasang lagu yang bermuzik, kalau di luar OK sahaja”, kata Farhaat. Farhaat adalah seorang penyampai radio Al-Ansaar yang berpusat di West Road Overport, Durban. UNIC ditemuramah dalam rancangan BREAKFAST pada pagi itu yang dikelolakan oleh Farhaat sendiri. Temuramah itu berkisar tentang pengalaman, perasaan dan sejarah UNIC. Share

  • Aktiviti,  Dakwah

    PERISTIWA DI HUJUNG 2010

    KLCC dari Masjid Asy-Syakirin (31 Disember 2010) . Beberapa minit sebelum pukul 12.00 malam, ribuan manusia berkumpul di dataran. 5, 4, 3, 2, 1… POMMM!! Bunga api meletup memecah suasana di ruang udara KLCC. Pertunjukan bunga api berlangsung sekitar 10-15 minit memukau para penonton. Share

  • Nasyid,  Review,  Tinta ADMIN

    BLOG FAMILI UNIC MEDIUM MAKLUMAT

    . Alhamdulillah. Mesyuarat Famili UNIC kali pertama selamat berlangsung malam tadi. Saya mengucapkan terima kasih kepada AJK-AJK yang terlibat. Mesyuarat ini juga adalah UNIK kerana ia diadakan di Facebook! Hari ini saya ingin memperkenalkan blog yang baru dilancarkan baru-baru ini. Memperkenalkan Blog Famili UNIC, www.famili-unic.net. Diharap dengan kehadiran blog ini dapat dijadikan sebagai medium penyampaian maklumat daripada Famili UNIC : Maklumat aktiviti Famili UNIC Pandangan penulis jemputan (nasyid) Jadual Persembahan UNIC Jemput melawat ke website tersebut dan jika ada sebarang komen dan penambahbaikan boleh emel ke familiunic@gmail.com Terima kasih. Moga ukhuwah kita terus terjalin. Insya-Allah. Share

  • Nasyid,  Perspektif

    NASYID, PUJIAN, HARTA DAN WANITA

    “Bernasyid ada dua tujuan”, Bazli UNIC memulakan bicara. “Yang pertama adalah hiburan dan yang kedua ialah dakwah. Ianya bukan suatu yang main-main dan tanggungjawabnya adalah besar”, beliau menyambung lagi. Bas yang membawa para peserta Kembara Amal UNIC Ke Utara ke Puteri Ayu Resort, Yan Kedah terus menyusuri liku desa yang damai itu. Kami di dalam bas terus memberi fokus kepada salah seorang anggota UNIC yang berkongsi ilmu dan pendapat. Jika sebelum ini saya ada menulis tentang kisah yang menjadi pencetus kepada lagu Langkah Tercipta, kali ini saya ingin berkongsi sesuatu yang saya dapat dari Kembara UNIC yang lalu. Mujur saya masih ingat apa yang disampaikan dan saya menulis apa yang…

  • Aktiviti,  Nasyid,  Review,  Tinta ADMIN

    SEKILAS BERSAMA MAHER ZAIN

    Kedatangan Maher Zain ke Malaysia sangat dinanti-nantikan. Alhamdulillah, saya berpeluang untuk bertemu dengan Maher Zain,seorang penyanyi nasyid terkenal di peringkat antarabangsa. Pertemuan ini ringkas tetapi sungguh bermakna. Pertemuan yang memberi semangat untuk terus berjuang memertabatkan industri nasyid Malaysia! Share

  • Info,  Nasyid,  Review

    UNIC – UNIQUE – UNIQ – UNIC?

    Nama kumpulan ini bertukar sekali lagi. Permulaannya UNIC, kemudian UNIQUE dan ditukar pula kepada UNIQ untuk memudahkan ejaan. Namun, kuasa Allah melebihi segalanya, UNIQ telah kembali menggunakan nama UNIC! Mengapa semua ini terjadi? Mengapa sering menukar nama? Menukar nama bukan sesuatu yang dijadikan permainan, penukaran itu mempunyai sebab-musababnya yang tersendiri. Apakah sebabnya? Share