• Info,  Nasyid,  Review

    UNIC – UNIQUE – UNIQ – UNIC?

    Nama kumpulan ini bertukar sekali lagi. Permulaannya UNIC, kemudian UNIQUE dan ditukar pula kepada UNIQ untuk memudahkan ejaan. Namun, kuasa Allah melebihi segalanya, UNIQ telah kembali menggunakan nama UNIC! Mengapa semua ini terjadi? Mengapa sering menukar nama? Menukar nama bukan sesuatu yang dijadikan permainan, penukaran itu mempunyai sebab-musababnya yang tersendiri. Apakah sebabnya? Share

  • Aktiviti,  Nasyid

    SINGLE TERBARU UNIQ – MENUJU WAWASAN

    UNIQ bersama Along Exist di studio ADA EXIST . Jika anda meminati lagu nasyid dulu-dulu, mungkinkah lirik ini masih terlekat di ingatan anda? . “Umat Islam Harus Cemerlang Hari Ini Mesti Lebih Baik Dari Semalam Jangan Buang Masa, Siapa Kata Kita Tidak Boleh? Kita Ada Allah Maha Kuasa, Kita Punya Kuasa Tenaga, Doa Sebagai Senjata, Umat Islam Sentiasa Boleh.. Umat Islam Sentiasa Boleh..” . Alunan nasyid dari kumpulan Suara Firdaus ini masih segar di ingatan saya. Bagi saya, lagu ini memberi semangat kepada setiap umat Islam untuk lebih bermotivasi setiap hari! Alhamdulillah.. Lagu ini baru sahaja digubah semula oleh kumpulan UNIQ dan telah pun disiapkan. Gubahan yang dibuat adalah dari…

  • Aktiviti,  Nasyid,  Tinta ADMIN

    PERTEMUAN YANG TAK DISANGKA

    Saya agak sibuk sejak kebelakangan ini. Tidak seperti dulu, hampir setiap hari blog ini akan diisi dengan sesuatu yang baru. Inilah hakikat kehidupan, kadang kala tenang, kadang kala sempit. Kadang kala sihat, kadang kala sakit. Sejak kebelakangan ini, saya banyak bersama UNIQ di dalam program-program mereka. Sekitar dua minggu yang lalu, hampir sepuluh program yang saya sertai bersama mereka. Oleh sebab kekangan masa yang sempit itu, entri baru belum dapat disiarkan. Namun.. Saya tidak sangka dapat berjumpa dengan pelawat blog saya yang sebelum ini belum pernah saya temui. Perjumpaan yang tidak disangka. Share