KEM UNIQnya RAMADHAN 1431H/2010

Insya-Allah.. Minggu ini (20 & 21 Ogos 2010) famili UNIQ akan mengadakan sebuah program khas sempena bulan Ramadan Al-Mubarak yang diberi nama “UNIQnya Ramadhan” di Masjid Al-Ghufran, TTDI, Kuala Lumpur.

Antara aktiviti yang akan dijalankan ialah :

  • Berbuka dan bersahur bersama UNIQ
  • Solat Terawih, Tadarus dan Qiamulail
  • Tazkirah Ramadan dari Bazli UNIQ
  • Bengkel Taranum oleh Saudara Fakhrul Radhi (UNIQ)
  • Motivasi Ramadan oleh Saudara Fadzli UNIQ dan kumpulan RIJAL

Untuk maklumat lanjut, bolehlah melayari facebook famili UNIQ dan laman sesawang UNIQ. Moga program ini berjalan dengan lancar dan diberkati Allah. Amin..

Komuniti Teman Inteam (KTI) juga akan mengadakan program yang sama pada minggu hadapannya. Semoga berjalan lancar saya doakan.. (^_^)