• Kisah Teladan,  Rencah

    Imam Muda Jadi Imam Gila

    Ops!! Kisah ini bukan tentang Imam-Imam dalam program realiti Imam Muda Astro Oasis! Tetapi kisah ini berkenaan orang agama yang sudah menjadi Imam yang gila! Pertama, berita tentang seorang Ustaz yang menipu dengan mengahwini 11 orang wanita, mengambil wang dan meninggalkan isteri-isterinya. Tidak cukup dengan itu, Ustaz ini juga telah memalsukan dokumen yang mengatakan bahawa beliau masih bujang kepada Jabatan Agama sewaktu bernikah dengan isteri-isterinya. Bagaimana Jabatan Agama boleh tertipu? Adakah kerana Jabatan Agama tidak mempunyai Database pendaftaran perkahwinan? Bagaimana pula beliau dapat menipu ‘isteri-isteri’ yang kebanyakkan terdiri daripada Muslimah yang berniqab dan baik akhlaknya? Share