• Dakwah,  Perspektif

    ORANG ISLAM TAK BOLEH MINUM AIR INI!

    “Saya nak yang air ni Uncle”, saya meminta Uncle Gopal menuangkan air yang menjadi pilihan saya. “Adik tak boleh minum air ni. Orang Islam haram minum air ni”, tegah Uncle Gopal. Ketika itu saya masih kecil. Mama membawa saya ke jamuan perpisahan Bosnya yang bakal berpindah ke cawangan lain. Saya ketika itu berumur sekitar 5 tahun, apa yang ada dengan budak berumur 5 tahun itu yang baru mengenal dunia. “Mama.. Air Root Beer tak boleh minum ke?”, saya bertanya kepada Mama kerana keliru. “Eh.. Boleh la. Nanti Mama cakap kat Uncle Gopal”, Mama menenangkan saya. Mama berkata kepada Uncle Gopal. “Gopal.. Ada dua ‘beer’ je yang orang Islam boleh minum.…