• Bicara Siasah,  Tongkat Bangsaku

    Perihal KEADILAN Internship, Mengapa Salahkan UMNO?

    Malam tadi saya berbual dengan Tok Zakaria Jamhari, beliau adalah orang lama di Kuala Selangor dalam politik dan seorang bekas guru dengan pernah bergaji RM80/bulan pada zamannya. Baru-baru ini PKR melancarkan program PKR Internship yang dikatakan oleh sesetengah orang bahawa UMNO tidak pernah berusaha untuk membantu pendidikan untuk orang muda. 1. Sebenarnya, UMNO dah lama perjuangankan program-program pendidikan, dengan terbinanya UiTM dan universiti-universiti yang ada sekarang, itu adalah buktinya orang Umno berjuang untuk kemajuan anak bangsanya. Dan ribuan orang anak bangsa telah mendapat faedah daripada usaha orang-orang lama. Tok Zakaria berjuang bersama rakan-rakan sehingga tertubuhnya Yayasan Selangor yang menempatkan anak bangsa daripada luar bandar bagi mendapatkan pelajaran yang baik. 2.…