• Bicara Siasah,  Review

    Tun M : Sudah Kenal Baru Celik Mata

    SATU fenomena yang kita lihat menjelang PRU 13 ialah pemisahan dari parti Pas, PKR dan DAP begitu ramai dari orang kuat mereka. Ia bermula dengan Chandra Muzaffar, Timbalan Presiden Keadilan dan Zainur Zakaria beberapa tahun dahulu. Sejak itu satu demi satu pemimpin parti-parti ini telah letak jawatan dan menjauhkan diri dari parti. Ada yang dengan lantang mengecam parti dan mendedah keburukan parti yang disertai oleh mereka dahulu. Di antara yang berpisah dari PKR ialah Zulkifli Noordin, Ruslan Kassim, Zahrain Hashim, Wee Choo Keong, Ezam Mohd Noor, Marina Yusof, Aminah Abdullah, Tan Tee Beng, Nallakarupan, Saidatul Said Keruak dan lain-lain. Dari DAP yang meninggalkannya ialah Tunku Abdul Aziz dan beberapa lagi.…