September 2010

UNIC – UNIQUE – UNIQ – UNIC?

Nama kumpulan ini bertukar sekali lagi. Permulaannya UNIC, kemudian UNIQUE dan ditukar pula kepada UNIQ untuk memudahkan ejaan. Namun, kuasa Allah melebihi segalanya, UNIQ telah kembali menggunakan nama UNIC! Mengapa semua ini terjadi? Mengapa sering menukar nama? Menukar nama bukan sesuatu yang dijadikan permainan, penukaran itu mempunyai sebab-musababnya yang tersendiri. Apakah sebabnya?

MANUSIA TAK PERNAH CUKUP!

Skrip manusia adalah sama sepanjang zaman. Akibat ketamakan harta duniawi, semuanya sanggup dilakukan. Memukul, membunuh dan membakar! Apabila nafsu menguasai diri, siapa ibu, siapa ayah pun sudah tidak dipeduli. Salam takziah buat keluarga Allahyarhamah Datuk Sosilawati Lawiya dan 3 yang lain di atas berita yang tidak sanggup didengar itu. Ditambah pula dengan kehadiran Syawal yang …

MANUSIA TAK PERNAH CUKUP! Read More »

M. RAJOLI DALAM KENANGAN.. AL-FATIHAH

1945-2010. Dari Allah Kita Datang.. Kepada Allah Kita Kembali. Pada pagi 8 Syawal 1431H, pelakon veteran terkenal, M.Rajoli atau nama sebenarnya Mohd. Rajoli @  Mohd Rajab Mohamed Zain telah kembali ke Rahmatullah kerana komplikasi kesihatan selepas dibedah tempoh hari. Bagi saya, lakonan arwah sungguh hebat. Dari watak seorang imam sehingga watak seorang tua yang berfoya-foya …

M. RAJOLI DALAM KENANGAN.. AL-FATIHAH Read More »

SELAMAT HARI MALAYSIA

Seorang Wartawan bertanya kepada seorang remaja. “Apa yang adik faham dengan Hari Malaysia?”, tanya Wartawan. “Emmm.. Tak tahu la. Saya tahu makan je. Hehe.”, jawab remaja itu tanpa rasa bersalah. Wartawan itu bertanya pula kepada seorang pemuda lain yang berada di situ. “Apa yang saudara faham dengan Hari Malaysia?”. “Hari Malaysia tak penting bagi saya, …

SELAMAT HARI MALAYSIA Read More »

AMALAN SUNAT DI AIDILFITRI

“Dengan ini diumumkan.. Esok Raya!” Baju Raya sudah dibeli. Rendang sudah dimasak. Mercun dah banyak dibakar. Tibalah pula Hari Lebaran. Seperti kebiasaannya, Hari Raya sangat sinonim dengan Solat Sunat Hari Raya Aidilfitri. Memang tak dapat disangkal lagi, apabila tiba sembahyang raya, masjid pasti penuh dengan kehadiran jemaah yang luar biasa ramainya. Al-maklum, raya setahun sekali, …

AMALAN SUNAT DI AIDILFITRI Read More »

NAK DENGAR LAGU RAYA?

Hari raya adalah hari yang gembira. Namun, di sebalik kegembiraan itu, jangan pula kita lupa untuk berzikir kepada Allah Subhanahu Wataa’la. Justeru, saya ingin berkongsi sebuah lagu raya yang mengajak kita membesarkan Allah Subhanahu Wataa’ala di dalam suasana raya yang gembira itu. Sudah bersedia nak menyanyi?