SELAMAT DATANG BULAN MEMBELI-BELAH?
Tempahan baju raya sudah dibuka. Promosi kuih raya juga sedang berjalan lancar. Tapak-tapak bazar Ramadan pula bakal dipenuhi dengan aneka juadah berbuka puasa. Semuanya kerana kedatangan bulan yang penuh berkat! Bulan Ramadan Al-Mubarak. Bulan ibadah dan bulan membeli-belah! Sejauh mana kita beribadah dan sebanyak mana kita membeli-belah?