browser icon
You are using an insecure version of your web browser. Please update your browser!
Using an outdated browser makes your computer unsafe. For a safer, faster, more enjoyable user experience, please update your browser today or try a newer browser.

Ah Long Bukan Mau Tolong!

Posted by on June 8, 2013
Duit senang dapat, bayar jangan lambat - Gambar : Sumber Google

Duit senang dapat, bayar jangan lambat – Gambar : Sumber Google

Saya mendengar keluhan seorang rakan.

Beliau bercakap dengan nada berbisik kepada saya : “Aku sebenarnya ada pinjam duit dekat Ah Long, sekarang gambar IC aku dah kena lekat kat kedai-kedai, aku dah risau ni”.

“Kau pinjam berapa ribu? Ramai ke Ah Long yang kau pinjam?”, saya bertanya.

“Semua Ah Long yang ada kat sini semua aku dah pinjam. Dalam 50 ribu je. Yang tak tahan tu, kena bayar bunga saja dah RM500 sehari!”, beliau menerangkan.

“Masa pinjam dulu ada agreement tak? Kau berniaga apa pinjam banyak macam tu?”, saya bertanya lagi.

“Aku pinjam duit tu buat berniaga rokok seludup. Tapi rokok tu dah kena rampas dengan kastam, kantoi. Berniaga benda haram ni biasalah banyak risiko. Ada agreement tapi dalam tu tak sebut pulak kena bayar balik berapa banyak. Sekarang boleh tak aku nak pinjam duit nak bayar Ah Long?”, beliau memohon.

Saya bukan orang kaya, saya juga mempunyai tanggungan bulanan seperti anda. Jika saya orang kaya pun, adakah pinjaman itu mampu dibayar oleh rakan saya itu jika perangai buruknya tidak berubah?
Itu persoalan dan pencerahan.

Sudahlah meminjam duit daripada Ah Long yang sah-sah haram kerana mengamalkan riba’ (sisi agama) dan salah disisi undang-undang, siapakah yang mampu membayar bunga RM500 sehari dan belum lagi dikira hutang pokoknya.

Kerana terdesak, rakan pula yang dicari untuk selesaikan masalah dengan Ah Long. Mungkin masalah dengan Ah Long selesai tetapi selepas itu dengan kawan pula putus persahabatan. Mana tidaknya, hutang kawan pula tak pernah langsai!

Duit yang ada hanya untuk “Gali Lubang Tutup Lubang’. Bagaimana perniagaan dan proses mencari pendapatan dapat berjalan dengan lancar jika asyik begitu sahaja?

Saya sebenarnya sedih dengan perkara yang sering menimpa terhadap bangsa kita. Saya fikir isu Ah Long yang mengugut hatta sanggup membunuh sudah menjadi makluman umum. Orang kita juga tahu Ah Long mengenakan kadar bunga yang sangat tinggi tetapi masih ramai juga yang meminjamnya. Sudah banyak kes buruk yang dilaporkan di dada akhbar tentang bahayanya berurusan dengan Ah Long.

Seperti juga kes penipuan gores dan menang, penipuan orang negro, skim cepat kaya, bawa lari anak dara ke Lombok, dan sindiket “keldai dadah” itu semua orang kita sudah tahu. Tetapi adakah kita mengambil pengajaran?

Atau orang-orang yang terlibat itu tidak mahu mengambil tahu atau buat tidak tahu atau terlampau terdesak?

Mungkin juga terpengaruh dengan nama “PINJAMAN BERLESEN’ yang ditampal di tiang jambatan?

Sebenarnya terlalu banyak kemudahan yang telah disediakan oleh pihak kerajaan bagi membantu peniaga-peniaga atau sesiapa sahaja yang memerlukan modal untuk berniaga.

Usaha kerajaan itu terbukti telah banyak membantu peniaga khususnya Bumiputera untuk maju dalam bidang perniagaan. Maklumlah, orang kita mahu berniaga, tapi mana pula nak cari duit buat modal? Alhamdulillah, kerajaan banyak bantu.

Tapi kenapa masih ramai yang pinjam dengan Ah Long kalau ada banyak bantuan disediakan kerajaan?

Alasan utama pinjam dengan Ah Long ialah PASTI dapat! Nak pinjam berapa banyak pun tak apa, tanpa melihat kita mampu bayar atau jenis perniagaan apa yang kita akan usahakan. Peminjam tahu akan bahananya seperti kena bayar bunga mahal dan terdedah dengan masalah keselamatan akibat diburu oleh Ah Long.

Kalau nak berniaga benda haram, pasti bank tak akan lulus punya! Kalau nak pinjam dengan bank, orang yang blacklist (khususnya main-main dalam berniaga) susah nak pinjam. Cara mudah ialah pinjam dengan Ah Long!

Jika kita berniaga benda halal dan akhirnya rugi, itu biasa kerana adat berniaga ada untung ada ruginya. Sesiapa sahaja yang berniaga perlu terima dengan adat untung rugi ini. Tetapi jika kita sengaja menempah ‘kerugian’ dengan berniaga benda haram dan main-main dalam berniaga, terimalah bahananya. Sebab itu orang tak mahu tolong kalau perangai kita macam itu.

Perlu diingat, Ah Long bukan mahu tolong tapi hanya mahu POTONG!

Berubahlah, tingkatkan ekonomi Muslim dan Bumiputera!

Jamalie_Jam @ jamalrafaie.com
45700 Bukit Rotan, 8 Jun 2013.

Comments

comments

Powered by Facebook Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

} window.setInterval("cycle1()",10000);