browser icon
You are using an insecure version of your web browser. Please update your browser!
Using an outdated browser makes your computer unsafe. For a safer, faster, more enjoyable user experience, please update your browser today or try a newer browser.

Siapa Syiah Di Malaysia?

Posted by on July 29, 2013

1. Syiah dikatakan sudah melular di Malaysia. Lebih mengejutkan kita apabila ada yang mendakwa sebuah markas Syiah telah dibina di Klang.

2. Jika dakwaan itu benar, kes ini perlu ditangani dengan segera. Sebuah parti berlabel agama juga didakwa dianggotai oleh pengikut Syiah.

3. Pelbagai kempen sudah dilaksanakan. Saya perhatikan juga, rakyat sudah dapat mengenal Syiah secara asas, sebagai contoh orang Syiah apabila solat akan sujud di atas batu dan azan menambah perkataan Saidina Ali.

4. Tetapi, kita sangat jarang mendengar azan persis ajaran Syiah di Malaysia kerana kita hanya mempunyai satu mazhab sahaja iaitu Mazhab Syafie.

5. Saya berpendapat bahawa, rakyat Malaysia tidak sukar untuk menolak Syiah. Tetapi yang menjadi cabaran besar di Malaysia ialah ; Siapakah Syiah di Malaysia?

6. Walaupun sudah ada laporan markas Syiah di Malaysia, namun kita masih tidak mengetahui siapakah orangnya yang mengamalkan Syiah itu? Kita tidak dimaklumkan tentang individu itu. Lebih sukar lagi apabila diberitahu bahawa pengamal Syiah di Malaysia pandai berlakon kononnya berpegang dengan ajaran Ahli Sunnah Wal Jamaah.

7. Orang Syiah tahu, bukan mudah untuk mengaku Syiah di Malaysia kerana di Malaysia memang tidak mengiktiraf Syiah dan barangsiapa yang mengamalkannya akan diambil tindakan tegas.

8. Berlakon adalah satu senjata ampuh untuk mengelirukan orang ramai.

9. Bukan mudah untuk kita melabel dan mendakwa seseorang sebagai Syiah jika tidak mempunyai bukti-bukti yang kukuh. Walau pun, orang yang dikaitkan dengan fahaman Syiah sudah diketahui oleh umum, namun tindakan terhadap mereka amat sukar untuk diambil.

10. Saya percaya, pihak yang bertanggungjawab ini dapat mengenal pasti siapakah di antara rakyat Malaysia yang mengamal dan menyebarkan ajaran Syiah di kalangan kita.

11. Namun begitu, sangat sukar untuk mengambil tindakan terhadap penganut Syiah terutamanya jika orang itu adalah pemimpin atasan satu-satu parti. Golongan ini akan menggunakan kuasa politik mereka untuk mempengaruhi para pengikutnya dengan mengatakan bahawa “Ini Adalah Satu Fitnah Untuk Menjatuhkan Saya”. Akhirnya golongan ini terselamat daripada diambil tindakan.

12. Saya menanti-nantikan pengumumkan siapakah orang-orang Syiah di Malaysia. Kita tidak mahu rakyat tersalah menuntut ilmu dengan orang Syiah. Maklumlah orang Syiah juga pandai berselindung melalui Serban, Kopiah, Jubah, Tasbih, Solat, ‘title’ Penceramah Bebas dan politik.

13. Ternyata bahawa sangat sukar untuk menangkap Syiah di Malaysia daripada menangkap Syiah di Syria. Berlakon dan pandai berpura-pura.

Walallahua’lam.

Jamalie_Jam @ jamalrafaie.com
45700 Bukit Rotan, 29 Julai 2013.

Comments

comments

Powered by Facebook Comments

One Response to Siapa Syiah Di Malaysia?

  1. alamroh

    dapat tau saje penganut syiah terus ambil tindakan menahan mereka

    [Reply]

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

} window.setInterval("cycle1()",10000);