• Bicara Siasah,  Tinta ADMIN

    Jangan Panggil Saya YB

    (Sempena Hari Ulang Tahun Kelahiran ayah saya yang ke 61) PRU 13 telah berlalu. Saya turut serta secara langsung dalam kempen Pilihan Raya bersama-sama jentera parti dan ayah saya, calon BN untuk DUN Bukit Melawati. Sebelum ini saya tidak berapa merasai bagaimana berdepan dengan rakyat/pengundi yang mempunyai perangai dan latar belakang yang berbeza. Ternyata memang sangat mencabar. Antara peristiwa yang saya ingat adalah sewaktu calon BN sedang merayu undi, tiba-tiba hadir seorang lelaki India menyorong ibunya yang duduk di atas kerusi roda. Katanya: “Saya undi BN juga, ini ibu saya pun undi BN juga. Mana itu bantuan?”. Beliau memprovok kami sambil memegang bendera kecil BN tanda beliau ‘penyokong BN’. Apabila…

  • Bicara Siasah,  Review

    100 Hari PAKATAN Memerintah Selangor, Apa Yang Baharu?

    Oleh : Budiman Mohd Zohdi PENULIS ialah ADUN Sungai Panjang yang juga Setiausaha ADUN BN Selangor. PADA Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13), sejumlah 2 juta pengundi di Selangor telah turun ke pusat-pusat mengundi. Mereka telah membuat keputusan parti mana yang membentuk kerajaan di Selangor pada 5 Mei lalu. Semua telah mengetahui keputusannya. Ia tidak memihak kepada Barisan Nasional (BN), sebaliknya puak pakatan yang berjaya membentuk kerajaan apabila memenangi 44 kerusi dengan pecahan 15 (Pas), 15 (DAP) dan 14 (PKR). Pada PRU-13, pakatan gagal mempertahankan kerusi Kota Damansara dan Bukit Malawati. Namun mereka berjaya menawan Dewan Undangan Negeri (DUN) Dusun Tua, Sabak, Taman Templer, Tanjung Sepat, Paya Jaras, Sri Serdang, Kuala…

  • Bicara Siasah,  Perspektif,  Review

    “Wanna Be Candidate” Vs “Winnable Candidate”

    Hati manusia tetap terluka. Itu adatnya. Walaupun sudah berkali-kali diingatkan agar tidak merajuk apabila tidak dicalonkan atau digugurkan, berkecil hati secara sendiri pasti akan hadir tanpa diduga. Sedar dengan perkara itu, lahirlah kenyataan daripada Pengerusi Barisan Nasional : “Kalau nak merajuk tu, kita harap 24 jam sahaja, lepas tu turun bekerja balik”. Yang sudah lama menanti, kecewa. Walaupun TIDAK bekerja sekeras-kerasnya dalam menunjukkan perkhidmatan yang sebaiknya sebelum ini, diri dirasakan “Winnable Candidate”! Bagi yang kuat bekerja pula tapi tidak terpilih anggap sahaja tidak ada rezeki. Share