7 Orang Menunggang Qurbannya

“Tiada satu amalan pun yang dilakukan oleh manusia pada Hari Raya Korban, lebih dicintai oleh Allah swt selain dari menyembelih haiwan korban. Sesungguhnya haiwan korban itu nanti di hari kiamat akan datang beserta tanduk-tanduknya, bulu-bulunya, kuku-kukunya dan sesungguhnya sebelum darah korban itu menyentuh tanah, pahalanya telah diterima di sisi Allah, maka beruntunglah kamu semuanya dengan pahala korban itu”
(Hadith riwayat Ibnu Majah)

“Adoi.. Keciknya lembu ni.. Patah belakang lembu ni karang. 7 orang nak tunggang dia nanti”, kata Bedu,seorang penternak lembu yang memantau penghantaran lembu2 korban di kampung saya.

Baca seterusnya>>

Petang itu (26/11), sebanyak 19 ekor lembu dihantar ke kampung saya sempena Majlis Qurban Perdana UMNO Bahagian Kuala Selangor. Kebanyakan lembu2 yang dihantar kecil2 saiznya dan tidak padan dengan harganya (RM2500++). Lembu korban seelok-eloknya gemuk dan sihat.
“Empat perkara yang tidak harus ada pada binatang korban: nyata butanya, sakit yang teruk, nyata tempangnya dan kurus kering”
(Sabda Nabi Muhammad s.a.w)

Di samping sibuk kita berkorban haiwan, perlulah melihat kepada syarat2 dan sifat2 haiwan korban untuk memastikan korban kita diterima Allah s.w.t. Apa pun, ikhlas yang paling penting.
HARI RABU (25/11/09 @ 8 Zulhijjah 1431H)

Sebanyak 5 ekor lembu jenis Brahman telah dihantar oleh Jabatan Pertanian di kawasan penyembelihan di kampung saya. Peristiwa yang cukup mencabar diri apabila 3 ekor daripada 5 ekor lembu itu terlepas tanpa bertali.

Lembu jenis Brahman
Lembu ini juga telah menyondol seorang pekerja Indonesia yang kebetulan berada di situ dan telah memijak kepala seorang perempuan sehinggakan terpaksa dikejarkan ke hospital. MasyaAllah. 3 kali tali ikatan lembu terputus kerana lembu berkenaan tidak bertanduk (telah dipotong). Jenuh petugas menjaga lembu memasangnya kembali dan akibatnya kereta petugas tersebut kemek kerana ditendang oleh lembu itu.

HARI KHAMIS (26/11/09 @ 9 Zulhijjah 1431H)

Lembu itu dilaporkan menyerang orang yang lalu lalang di kawasan tempat lembu itu ditambat, tetapi tiada kemalangan yang berlaku. Kerja2 menjaga lembu itu diteruskan.

HARI JUMAAT (27/11/09 @ 10 Zulhijjah 1431H)

Hari Raya Aidil Adha.. Muslimin dan Muslimat menyambut hari raya. Tugas menjaga lembu ‘garang’ itu diteruskan.

HARI SABTU (28/11/09 @ 11 Zulhijjah 1431H)

Pada pukul 12 p.m, seekor lembu Brahman telah dikorbankan untuk dibuat santapan pada keesokkan harinya bagi semua hadirin. Lembu yang paling besar telah ditumbangkan.

Sebanyak 19 ekor lembu lagi telah dihantar oleh pembekal. Seekor lembu telah terlepas dan seekor lagi jatuh dan terpatah tengkoknya, lalu disembelih di situ juga (daging free la). Pihak pembekal menggantikan semula 2 ekor lembu itu.

2 ekor lembu lagi dihantar pada sebelah malamnya dan menjadikan keseluruhan lembu korban bagi tahun ini ialah 26 ekor.

HARI AHAD (29/11/09 @ 12 Zulhijjah 1431H)

Hari kejadian iaitu Majlis Qurban Perdana UMNO Bahagian Kuala Selangor di mana bapak saya sendiri menjadi pengerusi pelaksana program ini. Majlis ini sungguh meriah dengan kehadiran 24 JKKP di seluruh Parlimen Kuala Selangor.

Sekitar Majlis Qurban Perdana..

Sekumpulan peserta korban sedang menumbangkan lembunya
Urusetia memaku kanvas di atas lori untuk mengangkut daging
Pengerusi Program (bapak saya-Jakiran Jacomah) sedang berbual dengan kenalannya
Sekumpulan peserta program menumbangkan lembu Brahman
Saya bertugas membungkus daging
Peserta sedang mengikat kaki lembu untuk dipotong
KORBAN DAN IBADATNYA

Ibadat korban adalah satu ibadat yang memupuk sifat sabar, pemurah dan sanggup berkorban demi Allah s.w.t.

Hakikatnya, daging dan darah daripada lembu yang dikorbankan tidak sampai kepada Allah, tetapi yang sampai ialah ikhlas dan taqwa dari hamba-Nya. Sejauh mana penerimaan ibadat korban yang kita lakukan, hanyalah Allah s.w.t sahaja yang mengetahuinya.

Dari Aishah r.ha, bahawa Nabi SAW bersabda, “Tiada amalan anak Adam pada hari raya haji yang lebih disukai Allah selain menumpahkan darah dengan menyembelih binatang korban kerana ia akan menjadi binatang tunggangan pada hari Kiamat”

Haiwan yang dikorbankan akan menjadi tunggangan pada hari kiamat kepada si pengorban.  Selamat Hari Raya Aidil Adha.. Semoga ibadat kita diterima Allah s.w.t.. Ameen.. Wallahua’lam..

Related Post

2 Replies to “7 Orang Menunggang Qurbannya”

  1. salam…betul ke 7 orang untuk seekor, maka 7 orang menunggang korbannya?dapat tau dari mane?

    syukran..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *