1. Tahun 1884, Kuala Lumpur ketika itu adalah hanya sebuah perkampungan. Mungkinkah penduduk Kuala Lumpur ketika itu dapat membayangkan apa yang akan berlaku pada 100 tahun akan datang di atas tapak rumah mereka?
2. Kira-kira 100 tahun selepas itu, seorang pemimpin hebat bernama Mahathir Mohamad mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri Malaysia. Kuala Lumpur, dahulunya sebuah perkampungan kini menjadi sebuah pusat bandaraya yang dikenali dunia.
3. Saya lahir pada tahun 1989. Membesar dalam era pentadbiran Tun Dr. Mahathir Mohamad yang membawa Malaysia ke gerbang jaya selama 22 tahun. Ini bermakna, sepanjang pentadbiran Tun Mahathir, sebuah generasi telah dilahirkan.
4. Secara jujurnya, saya amat rindu dengan era pentadbiran Tun Dr. Mahathir Mohamad. Beliau bukan sahaja seorang ketua kerajaan tetapi adalah seorang pemimpin rakyat Malaysia. Orangnya tegas dalam tindakan sehingga musuh tidak berani nak angkat muka. Orang luar sangat berhormati Malaysia. Saya begitu berbangga menjadi rakyat Malaysia apabila ke luar negara apabila mereka sangat menghormati kita. “MAHATHIR, MALAYSIA” kata mereka.
5. Dasar-dasarnya banyak menguntungkan rakyat. Walaupun rakyat tidaklah semewah sekarang, tetapi rakyat hidup senang dalam era pentadbirannya. Mengapa?
6. Tun M juga seorang manusia biasa, tidak pakar dalam semua perkara. Maka, setiap pemimpin mempunyai penasihat dalam satu-satu bidang kepakaran mereka. Baik penasihat dan nasihatnya, maka baiklah keputusannya nanti. Tun Mahathir mempunyai idea, dan beliau akan mendapatkan nasihat daripada penasihatnya untuk mendalami sesuatu dasar. Antara penasihat Tun Mahathir yang terkenal adalah Tun Daim Zainuddin dan Tan Sri Nor Mohamed Yakcob khusus dalam bidang ekonomi.
7. Pendapat saya, seorang penasihat kerajaan perlu mempunyai pemikiran kesejahteraan rakyat dan mengambil kira kepentingan politik parti pemerintah. Hal ini kerana setiap keputusan yang dibuat oleh Perdana Menteri akan memberi kesan kepada rakyat secara keseluruhannya. Political Mileage perlu ada.
8. Serius. Saya rindu dengan era pentadbiran Tun Dr. Mahathir Mohamad. Datuk Seri Najib harap dapat mengkaji semula apa yang dikatakan oleh penasihat-penasihat anda. Kami hanya mampu menulis, tetapi akhirnya tuan mendengar juga apa yang penasihat tuan katakan. Tiada gunanya. Penasihat juga adalah rakyat, dan rakyat harus didahulukan.
9. Malaysia yang dulu bukan seperti yang sekarang.
Jamalie_Jam @ jamalrafaie.com
45700 Bukit Rotan, 16 Disember 2013.