๐๐ข๐ฅ๐š ๐’๐ž๐ฆ๐ฎ๐š ๐Œ๐š๐ก๐ฎ ๐‰๐š๐๐ข ๐Š๐ž๐ญ๐ฎ๐š, ๐’๐ข๐š๐ฉ๐š ๐˜๐š๐ง๐  ๐Œ๐ž๐ง๐ฒ๐š๐ญ๐ฎ๐ค๐š๐ง?

๐๐ข๐ฅ๐š ๐’๐ž๐ฆ๐ฎ๐š ๐Œ๐š๐ก๐ฎ ๐‰๐š๐๐ข ๐Š๐ž๐ญ๐ฎ๐š, ๐’๐ข๐š๐ฉ๐š ๐˜๐š๐ง๐  ๐Œ๐ž๐ง๐ฒ๐š๐ญ๐ฎ๐ค๐š๐ง?

Kunci kepada penyatuan dan kerjasama adalah ; perlu ada seorang figura yang berpengaruh yang boleh menyatukan antara beberapa pihak.

Figura ini mestilah ada aura, berpengaruh, disenangi oleh kawan dan lawan.

Seperti mana kaum Auz & Khazraj yang telah lama berperang, disatukan oleh pemimpin besar seperti Rasulullah โ€Ž๏ทบ sehingga mereka digelar kaum Ansar. Dapat pula disatukan dengan orangยฒ Mekah yang digelar Muhajirin.

Ansar yang menjadi pribumi di bumi Madinah menerima Muhajirin dari Mekah, malah memberi kedaulatan kepimpinan kepada orang Mekah (Rasulullah dan 4 Khalifah Ar-Rasyidin) untuk mentadbir Madinah.

Kita anggaplah Ansar dan Muhajirin ni adalah partiยฒ politik pada hari ini. Ketuaยฒ dalam parti ini digelar sebagai Warlord.

Terjadi suatu peristiwa selepas kewafatan Nabi โ€Ž๏ทบ , yang peristiwanya disebut alaยฒ Langkah Sheraton di mana Warlordยฒ Ansar berbincang di Saqifah Bani Saadah untuk melantik pemimpin Madinah bagi menggantikan Rasulullah โ€Ž๏ทบ dari kalangan kaum Ansar. Ketika itu, jenazah Nabi โ€Ž๏ทบ belum pun dikebumikan.

Berita ini telah sampai ke telinga โ€œWarlord Muhajirinโ€ iaitu Saidina Abu Bakar & Omar Al-Khattab ra. lantas bergegas ke Saqifah Bani Saadah untuk membetulkan keadaan. Pendek cerita, akhirnya pemimpin Mekah terus memimpin Madinah seperti yang kita ketahui dalam sejarah Khalifah Ar-Rasyidin.

Dalam politik moden pun begitu. Penyatuan bukan berlaku kerana struktur, logo atau gabungan atas kertas. Ia berlaku kerana figura.

Dulu, penubuhan Barisan Nasional yang menggantikan parti Perikatan boleh menyatukan pelbagai parti yang asalnya berbeza ideologi dan latar kerana adanya figura besar seperti Tun Abdul Razak. Beliau bukan sekadar Perdana Menteri, tetapi anchor politik yang dihormati kawan, digeruni lawan, dan diyakini rakyat.

Hari ini, masalah utama politik kita bukan kekurangan parti, bukan kekurangan warlord, tetapi kekosongan figura penyatu. Semua mahu jadi ketua, semua mahu dominan, tetapi tiada siapa yang cukup besar untuk semua orang sanggup mengalah.

Tanpa figura berpengaruh, rundingan jadi tawar-menawar kepentingan. Penyatuan jadi rapuh. Kerjasama jadi sementara.

Sejarah telah tunjukkan, sama ada di Madinah atau di Malaysia, politik hanya stabil bila ada seorang pemimpin yang cukup besar untuk menyatukan ego-ego yang kecil.

โ€”-
Jamal Rafaie Jakiran
Ketua Penerangan,
Pemuda UMNO Bahagian Kuala Selangor

Related Post