browser icon
You are using an insecure version of your web browser. Please update your browser!
Using an outdated browser makes your computer unsafe. For a safer, faster, more enjoyable user experience, please update your browser today or try a newer browser.

AYAM OH AYAM !

Posted by on June 7, 2010

Jalil Hamid pernah menyanyi, “Ayam.. Bermacam Ayam.. Ada Ayam Kampung, Ayam Hutan, Ayam Siam, Ayam Turki, Ayam Belanda”. Tergelak-gelak saya mendengar lagu itu. Tetapi apa yang disampaikan di dalam lagu AYAM itu ada juga pengajarannya.

Pelbagai peribahasa dan simpulan bahasa yang berkenaan dengan ayam. Contohnya ‘angan-angan tahi ayam’, ‘berkaki ayam’, ‘bagai ayam berak kapur’ dan ‘bagai ibu ayam, bertelur sebiji riuh sekampung!”. Dengan kepelbagaian penggunaan nama ‘ayam’ itu menunjukkan masyarakat kita gemar memakan ayam!

Menu tanpa ayam ibarat tidak lengkap. Jika di majlis perkahwinan, menu ayam masak merah seolah-olah menjadi menu wajib di setiap majlis! Belum dikira dengan sate ayam yang dinikmati oleh kebanyakkan orang setiap hari. Dimudahkan cerita, ayam bukanlah jenis makanan yang dianggap mewah di zaman sekarang jika dibandingkan pada zaman 60-an dahulu, dapat makan ayam dianggap sungguh bertuah ketika itu!

Sehubungan dengan itu, maka tidak hairanlah 1.5 juta ekor ayam disembelih setiap hari untuk memenuhi permintaan bekalan ayam di seluruh Malaysia. Cuba kita kira berapa banyak restoran dan produk berasaskan ayam yang ada di sekeliling kita, KFC, Sate Kajang Haji Samuri, Radix Fried Chicken, Ayamas, Kenny Rogers dan yang terbaru Restoran Ayam Penyet! Belum lagi dikira ayam yang digolek dan dipercik di Pasar Malam seluruh negara, juga ayam-ayam yang disimpan di dalam peti sejuk rumah anda!

Sehubungan dengan peningkatan permintaan bekalan ayam di Malaysia, timbul pula isu-isu yang tidak sedap didengar. Ayam yang dijual ada yang tidak halal! Cara penyembelihan yang tidak sempurna (mungkin terlalu banyak untuk disembelih) telah menyebabkan status kehalalan ayam itu diragui. Itu cara disembelih, belum lagi diambil kira dari cara ayam itu diternak (makanan ayam), juga meragukan.

Baru-baru ini ada sekumpulan peniaga yang memfailkan saman sebanyak RM 1.6 juta kepada Tesco yang didakwa menjual ayam yang tidak halal kepada pengguna. Mereka bertindak menyaman Tesco selepas menyedari sembelihan ayam yang dibeli daripada pasaraya itu tidak sempurna ketika membuang sisa ayam itu. Hal ini menyebabkan peniaga itu membuat laporan di Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang (JHEAIPP). Berita lanjut (di sini).

Ayam Tesco tidak halal kerana tidak disembelih dengan sempurna? Jika ianya benar, maka beribu-ribu pengguna sudah ‘tertipu’ dengan pasaraya itu! Penawaran harga yang murah daripada harga siling yang ditetapkan oleh kerajaan telah menarik ramai pengguna mendapatkan ayam dari pasaraya terkenal itu. Dari segi harganya juga telah menimbulkan keraguan sebenarnya (harga biasa lebih kurang RM6.50), bagaimanakah ayam itu boleh dijual dengan harga yang jauh lebih murah sedangkan kos penternakan telah meningkat?

Pengguna juga boleh meragui iklan yang dipaparkan di Tesco. Di dalam iklan itu memaparkan seorang penternak ayam bumiputera yang berkata “Ayam segar dari ladang kami dibekalkan untuk anda”. Sekarang ramai orang meragui adakah ayam yang dibekalkan itu benar-benar dibekalkan oleh penternak itu? Harga yang terlalu jauh daripada harga siling meragukan banyak pihak, adakah ayam ini diimport daripada negara luar yang lebih murah dan iklan penternak bumiputera hanya sekadar wayang sahaja? Makanan apa yang diberi kepada ayam itu sehingga harganya jauh lebih murah daripada ayam-ayam yang berada di pasaran?

Persoalan di atas masih belum terjawab, maka tidak semestinya dakwaan itu adalah benar. Tetapi dari apa yang berlaku akhir-akhir ini menjadikan keluarga saya sudah tidak membeli ayam di Tesco lagi. Cukuplah membeli ayam di peniaga bumiputera di pasar yang nampak jelas sembelihannya di depan mata! Atau bela ayam sendiri seperti yang akan saya dan keluarga mulakan di belakang rumah!

Reban Ayam Yang Sedang Dalam Pembinaan Di Belakang Rumah

Yang haram itu jelas, yang halal juga jelas. Tetapi perkara syubahah perlu diambil perhatian. Ternyata ayam yang berada di pasaran sudah tidak terjamin kehalalan dan khasiatnya. Apakah sembelihannya betul, makanan apa yang diberikan kepada ayam itu sepanjang proses penternakan, semuanya perlu kita ambil perhatian. Sama-samalah kita memilih makanan yang halal untuk kita. Jangan hanya melihat pada harganya sahaja kerana HALAL adalah sesuatu yang sangat bernilai!

NOTA: Bagi memberi penghayatan dalam topik AYAM ini, saya selitkan lagu yang dinyanyikan oleh Jalil Hamid yang khas buat anda. Terimalah dan selamat berhibur..

Audio clip: Adobe Flash Player (version 9 or above) is required to play this audio clip. Download the latest version here. You also need to have JavaScript enabled in your browser.

MENCARI YANG HALAL FARDU BAGI SETIAP MUSLIM!!

Blogger Templates

Jamalie_Jam @ jamalrafaie.com
45700 Bukit Rotan, Selangor Darul Ehsan.




Comments

comments

Powered by Facebook Comments

13 Responses to AYAM OH AYAM !

  1. princeduyong

    bahaya…bahaya…kita jugak yang jadi mangsa
    .-= princeduyong´s last blog ..SIAPA BENAR =-.

    [Reply]

    Jamal Rafaie Reply:

    kenalah selalu berjaga-jaga ya.. selamat datang ke blog ini.. =)

    [Reply]

  2. Syafrizal

    bagus lah kalau dah bermula menjaga kehalalan makanan…
    insya Allah diberkati…
    .-= Syafrizal´s last blog ..Semak maklumat blog anda =-.

    [Reply]

    Jamal Rafaie Reply:

    Insya-Allah.. saya link entri abg dalam entri saya ya.. Terima kasih..

    [Reply]

  3. chalf aizal

    alhamdulilah,membela ayam adalah lebih baik..lebih jelas halanya… cuti sekolah sudah bermula,sesiapa yang ingin bercuti tetapi takut mahal harganye,’jengah’ lah ke blog saya.insyallah saya menyediakan percutian bajet yang mengikut kemampuan anda… assalamualaikum.. 😀
    akasiaholiday.blogspo.com
    .-= chalf aizal´s last blog .. =-.

    [Reply]

    Jamal Rafaie Reply:

    terima kasih.. untuk pakej tu, saya memang sangat suka berjalan-jalan, insya-allah satu hari nanti kita dapat bekerjasama ya..

    [Reply]

  4. nur solehah

    family sy pun bela ayam juga..=)

    hehe..

    alhamdulillah, fmly sy lbih suka mkn ikan..+makanan laut.

    sabah kan murah mknan laut..=))

    mai la sabah..huhu. ( cuti-cuti malaysia~~)
    .-= nur solehah´s last blog ..agama : ramadhan? =-.

    [Reply]

  5. lizz

    ayam kampung terbaik1 even kurus tapi kite tahu die xder suntik2 n sah2 halal.huhuhu.yang kat pasar ni…hmm
    .-= lizz´s last blog ..Perasan Tak Dunia Blogging Tak Macam Dulu Dah? =-.

    [Reply]

    Jamal Rafaie Reply:

    ayam besar penuh dengan ‘khasiat’ yang melemahkan manusia.. hehe..

    [Reply]

  6. hidayah

    lama x dengar lagu ni, giler byk word ayam.

    [Reply]

    Jamal Rafaie Reply:

    hehe.. dah memang lagu ayam..

    [Reply]

  7. edy

    hahahahaha..rasa2 ayam KFC tu Halal Tak..sejauh mana kita nak kaji yg ayam KFC tu halal..KFC tu beb, sedap tue..anak-anak pasti sukannya…hhahahaha..

    [Reply]

    Jamal Rafaie Reply:

    Agak susah nak kata produk itu halal atau tidak halal. Kita tidaklah sampai nak mengkaji sedalam-dalamnya. Bagi saya, kita sebagai orang awam terimalah seadanya selagi mana ada logo Halal.

    [Reply]

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

} window.setInterval("cycle1()",10000);