browser icon
You are using an insecure version of your web browser. Please update your browser!
Using an outdated browser makes your computer unsafe. For a safer, faster, more enjoyable user experience, please update your browser today or try a newer browser.

RAWATAN PENYAKIT GANGGUAN JIN (KISAH BENAR)

Posted by on March 12, 2012

KLIK UNTUK PAPARAN YANG LEBIH JELAS

“Macam-macam cara saya dah cuba, tapi semua tak berkesan. Gangguan pula makin bertambah buruk. Beribu-ribu duit dah melayang, Ustaz”, keluh seorang pesakit.

“Akak berubat macam mana?”, Ustaz Nabil bertanya kepada pesakit itu.

“Bila saya rasa kedai dan rumah saya ada gangguan, saya terus jumpa dengan seorang bomoh untuk minta bantuan ‘pagar’kan kedai saya. Dia bagi paku dan minyak wangi”, kata pesakit.

“Paku tu untuk jaga rumah saya dari gangguan makhluk halus, katanya Puteri Gunung Ledang yang akan jaga rumah saya kata bomoh tu. Minyak wangi pulak dia suruh guna masa jumpa orang untuk dapatkan projek dan majukan perniagaan saya dan suami”, jelas pesakit lagi yang boleh dipanggil Kak Ros (bukan nama sebenar).

Kak Ros berjumpa dengan bomoh tersebut setelah diberitahu oleh seorang rakan yang mengatakan beliau (rakan Kak Ros) makin maju dalam perniagaan selepas menggunakan minyak wangi yang diberi oleh bomoh tersebut.

Tanpa berfikir panjang, Kak Ros terus berjumpa dengan bomoh tersebut untuk meminta bantuan.

“Gangguan bertambah buruk tu macam mana pula?”, tanya Ustaz Nabil.

“Lepas akak tanam paku tu, macam-macam benda berlaku dalam rumah. Anak-anak dah mula melawan kata, tidur dah tak lena, kadang-kadang mimpi benda-benda buruk. Macam ada sesuatu yang berlaku. Ingatkan lepas buat rawatan semuanya selesai. Mungkin akak tak bayar penuh kat bomoh tu, dia marah dan serang akak balik”, Kak Ros menerangkan masalah.

“Masyaallah. Ermmmm…”, Ustaz Nabil terdiam sejenak.

RAWATAN ‘SERONG’, AKIDAH BOLEH TERPESONG

Rawatan yang sesat boleh menyesatkan akidah - Gambar Hiasan

“Akak, kalau kita kerja tapi tak dibayar gaji, kita marah tak?”, tanya Ustaz Nabil kepada Kak Ros.

“Mestilah marah! Kerja penat-penat tapi tak dapat ganjaran apa-apa siapa tak marah?”, jawab Kak Ros.

“Macam tu lah bila kita minta Jin tolong kita tapi kita tak ‘bayar’ dia. Jin pasti marah! Sebab itulah kita hanya minta pada Allah untuk bantu dan lindungi kita. Guna bantuan Jin ni takut-takut jatuh pada syirik. Nauzubillah”

“Astaghfirullah.. Akak tak tahu”, Kak Ros mengeluh.

“Paku dan Puteri Gunung Ledang yang Akak sebut tadi itulah Jin yang ganggu Akak. Minyak wangi yang bomoh tu bagi ialah minyak pelaris atau pengasih. Semua itu guna bantuan Jin dan boleh syirik pada Allah”,jelas Ustaz Nabil lagi.

“Lepas ni, kita minta bantuan Allah dan yakin dengan ALLAH. ALLAH kan tuhan yang kita sembah dan minta pertolongan. Kembali pada Allah dan buang perkara-perkara khurafat yang kita buat dulu”,pujuk Ustaz.

ZAMAN MODEN, SEMUANYA NAK MUDAH

Zaman semakin moden, tetapi pemikiran masih tidak moden. Setiap hari, pasti saya mendapat panggilan telefon yang meminta untuk berubat dengan Ustaz Nabil. Penyakit tidak usah dikatakan : sihir, santau, saka, buatan orang dan gangguan Jin biasa didengar.

Tidak kurang juga dengan masalah rumahtangga yang disebabkan oleh dendam manusia (hantar Jin untuk ganggu rumahtangga). Memang tidak hairan lagi masyarakat kita masih terus mengamalkan ilmu hitam untuk menyelesaikan masalah mereka dan membalas dendam.

Semua ini jalan pintas untuk menunaikan kehendak nafsu!

Ditambah pula dengan pesakit yang tersalah membuat rawatan! Dimintanya pertolongan daripada bomoh-bomoh yang dipanggil Ustaz (dengar bomoh sebut Bismillah terus dipanggil “USTAZ”, walhal mengamalkan mantera yang syirik), sudah terjerumus dengan kancah kesesatan akidah yang tidak disedari.

Kerana itulah kita mendengar kes-kes pesakit diraba, dicabul dan dirogol oleh “USTAZ” itu akibat tersalah pilih “Ustaz” yang betul. Nauzubillah.

RAWATAN AL-A’AFIAH (USTAZ NABIL BIN MAHATHIR AL-HAFIZ)

Ustaz Nabil ketika 'scan' DYMM Sultan Kelantan di Kota Bharu

USTAZ NABIL BIN MAHATHIR :
Beliau dilahirkan di Madinah Al-Munawarah dan merupakan seorang OKU Cacat Penglihatan. Mendapat pendidikan awal di Sekolah Rendah Kebangsaan Jabi, Pokok Sena Alor Setar Kedah semasa umur 4 tahun. Kemudiannya ketika berusia 9 tahun, beliau menyambung pelajaran ke Maahad Tahfiz Derga di Alor Star Kedah. Seawal usia 11 tahun, Ustaz Nabil Al-Hafiz telah menyambung pelajarannya di International University Of Africa Khartum, Sudan dalam bidang Ijazah Al-Quran dan Bahasa Arab selama 3 tahun.

Selepas pulang ke Malaysia, beliau melanjutkan pelajaran di Sekolah Menengah Kebangsaan Tunku Abdul Malik selama 1 tahun. Ustaz Nabil Al-Hafiz juga menuntut dalam bidang komputer di Digital Village, Kedah dan seawal usia 15 tahun jugalah beliau memulakan kerjayanya sebagai Juruteknik Komputer dan Software. Mimos adalah salah satu syarikat yang pernah mendapatkan khidmat beliau di Unit Networking dan Programming.

SEJARAH PERUBATAN ISLAM
Ustaz Nabil Al-Hafiz mula melibatkan diri dalam Perubatan Islam pada umur 14 tahun. Kaedah yang digunakan adalah gabungan Aura Meta Fizik dan Ayat-Ayat Al-Quran. Beliau mempelajari ilmu perubatan islam semasa menuntut di Sudan.

TEKNIK ASAS YANG DIGUNAKAN
Berikut adalah teknik asas penyembuhan aura syifa yang digunakan oleh Ustaz Nabil di dalam kebanyakan proses rawatan kepada pesakit.

  • Mengenal pasti tahap aura pesakit melalui pengunaan dan kepekaan tangan, keupayaan panca indera keenam (sixth sense) dan komunikasi dengan pesakit. Melalui kaedah ini sebagai contoh perawat boleh mengetahui sama ada pesakit mengalami gangguan sihir, jin ataupun saka. Masalah dan sakit fizikal juga boleh ditentukan dengan cara yang sama untuk sesetengah keadaan.
  • Menjalankan dan memulakan proses pembersihan secara umum dan setempat bagi tujuan mengeluar dan menyahkan aura negatif dari badan pesakit.
  • Pemberian atau pemindahan tenaga aura yang positif kepada pesakit oleh perawat.
  • Penamatan rawatan dan penyediaan bahan-bahan seperi air syifa untuk digunakan untuk di minum dan mandi.

Kepada sesiapa yang mempunyai masalah penyakit misteri, boleh menghubungi beliau di talian 012-2784668 atau 011-15728771. Kita berusaha, Allah juga yang menyembuhkannya. Insya-Allah.

NAK CARI RAWATAN ISLAM?

Blogger Templates

Jamalie_Jam @ jamalrafaie.com
45700 Bukit Rotan, 2012.

Comments

comments

Powered by Facebook Comments

One Response to RAWATAN PENYAKIT GANGGUAN JIN (KISAH BENAR)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

} window.setInterval("cycle1()",10000);