Saya mahu membuat satu pengumuman pada hari ini. Saya sebenarnya sudah tidak lagi berkhidmat sebagai Pengurus kumpulan nasyid UNIC sejak dari 1 Mac 2012.
Memang sesuatu yang sukar untuk membuat satu keputusan yang besar dalam hidup. Keputusan untuk tidak lagi bersama UNIC secara sepenuh masa diambil untuk menambah ilmu dan mencuba sesuatu yang baru.
Justeru, saya mengambil keputusan untuk berundur daripada keluarga UNIC secara rasmi.
Apakah perancangan saya selepas ini? Insyaallah, ada peluang baru yang bakal saya diceburi dan mudah-mudahan dapat memberi sesuatu yang bermanfaat buat diri saya.
Ianya adalah satu cabaran yang baru dan tiada langsung pengalaman dalam bidang ini.
Terima kasih kepada abang-abang UNIC yang banyak memberi tunjuk ajar selama ini. Saya bermula dari kosong dan masih dahagakan ilmu untuk terus mencari pengalaman. Pengalaman adalah ilmu yang paling bermakna!
Terima kasih juga kepada sahabat-sahabat yang membantu dan mendoakan saya selama ini. Jazakallah Khaira Kathira.
NOTA : Saya masih boleh dihubungi untuk menjemput mana-mana kumpulan nasyid bagi membuat persembahan. Boleh dihubungi di talian 013-5026437 atau Emel ke jamalrafaie@yahoo.com.
KE ARAH MUKMIN PROFESSIONAL!!
Jamalie_Jam @ jamalrafaie.com
45700 Bukit Rotan, 2012.
terjun bidang ape pulak pas ni.
Insyaallah bidang penulisan pulak..
Assalamualaikum Jamal, Selamat Maju Jaya…Moga terus success di bidang penulisan…Ukhuwahfillah Insyaallah ada masa boleh berkongsi ilmu lagi….Masih segar diingatan tageline hang ngan Alan “Sabojelah”
Kalau ada program menarik yang nak dikongsi bersama kami jangan lupa contact…
SHAM
Wasalam. terima kasih doakan saya. Insya-Allah, ada projek2 yg akan datang, boleh kita bekerjasama lagi. Perhubungan tak boleh putus sesama Islam. ^_^
pakai no yang mana ni?01290—–/01350—–?insyaallah bulan 5 akan ada forum di unisel shah alam…(kena jadi salah sorang penalis…agak berdebar juga)jemput datang…kalau dah terbit naskah jangan lupa info ek Jamal…Ukhuwahfillah Abadan Abada’
Saya pakai 013-5026437, 012 dah tak guna lagi. ^_^ Insya-Allah..
OK maklumat diterima (“,)…Moga terus berjuang dan berjaya di medan tinta Insyaallah…Moga menjadi KOLUMNIS yang berjaya…Bitaufiq Wa Najjah Jamal
OK maklumat diterima (“,)…Moga terus berjuang dan berjaya di medan tinta Insyaallah…Moga menjadi KOLUMNIS yang berjaya…Bitaufiq Wa Najjah Jamal…
Syukran. ^_^
salam,
memandangkan en jamal dah tak menjadi pengurus UNIC, bolehkah saya mendapatkan contact no. pengurus mereka yang baru? InsyaAllah…kolej saya berhajat buat program dengan mereka. jzkllh
Wasalam.. Boleh layari http://www.unic.my untuk maklumat lanjut.