“Sesiapa di antara kamu yang melihat kemungkaran hendaklah dia mengubahnya dengan tangannya. Sekiranya tidak mampu hendaklah mengubahnya dengan lidahnya dan kalau itupun dia tidak mampu, maka hendaklah dia mengubahnya dengan hatinya. Dan demikian itulah selemah-lemah iman”
(Riwayat Tirmizi,Nasai & Ibnu Majah)
“Siapa pulak yang berjalan pagi-pagi buta ni? Dari foodcourt pulak tu”, saya bertanya kepada sahabat saya.
“Entah la.. Ambe pun tak tahu”, jawab sahabat saya ringkas. Kebetulan pada malam itu saya dan sahabat saya bercadang untuk beriktikaf di Pusat Islam. Dalam lingkungan pukul 3 pagi ketika itu kami berdua berjalan ke Pusat Islam, ketika itu juga kami ternampak kelibat manusia yang datangnya dari arah foodcourt. Berdebar jugaklah masa tu, takut2 bukan manusia yang kami nampak. Hehe.. Penakut betul..
Mengikut kata sumber2 yang boleh dipercayai, banyak perkara ‘pelik’ yang terjadi dekat foodcourt tu iaitu study berduet. Perkara ‘pelik’ itu berlaku sehinggalah waktu subuh menjelma. Dipendekkan cerita, Rakan Pusat Islam UiTM Pulau Pinang pun menubuhkan satu skuad khas untuk membendung masalah ini. Saya tidak terlibat secara langsung dalam operasi ini tetapi cukuplah kamera saya yang menemankan mereka. (gambar2 ni semua dari kamera saya la,:p)
Pendekatan berani skuad ini amat saya puji. Bukan senang nak mencegah perkara mungkar sekarang ni. Tujuan mereka bukannya untuk memalukan tetapi hanyalah untuk memberi nasihat sesama muslim. Ikutilah perjalanan mereka..
Bersama-sama menuju ke jalan yang satu
Seorang ahli skuad sedang bertemu dengan seorang pelajar*
Usaha dakwah sudah banyak dilupakan sekarang. Tambahan pula iman kita turun dan naik setiap hari dan diibaratkan pula seperti senipis kulit bawang. Betul tu.. Jadi.. Usaha seperti ini perlulah disokong perlaksanaannya dan kita sama2 usaha untuk berdakwah. Baligh A’nni Walau Ayyah.. Sampaikan dariku walaupun sepotong ayat (sabda nabi). Tidak sukar sebenarnya untuk berdakwah, tetapi ianya menguji iman dan mendapat banyak ujian ketika melakukannya. Kepada skuad, jangan putus asa, ujian dan kritikan adalah lumrah dalam berjuang. Yang paling penting ialah ikhlas kerana Allah dan ikut sunnah Nabi s.a.w. Wallahu’alam..