17/11/09- Saya bersama 6 rakan yang lain telah ke Langkawi untuk bercuti selepas berhempas pulas menduduki final exam semester ini. Kisah ini bukannya permulaan bagi keseluruhan pengembaraan kami. tetapi mungkin ada kisah yang dapat dikongsi bersama.
Kami memulakan pengembaraan dengan menaiki bot di jeti Pantai Cenang. Harga bot sekitar RM350 kebiasaannya, tetapi kami mendapat murah la sedikit selepas ketua lawatan (marol) membodek pengusaha bot tersebut. Hehe..
PULAU DAYANG BUNTING DAN KISAHNYA
“Pulau Dayang Bunting adalah pulau kedua terbesar dalam gugusan Pulau Langkawi, dan merupakan destinasi pelancongan yang popular.
Pulau itu, yang terletak 20 kilometer dari pekan Kuah mendapat nama dari suatu legenda yang terkenal di sini.
Legenda Tasik Dayang Bunting dikatakan sebuah tempat pemandian kegemaran seorang puteri dari kayangan bernama Mambang Sari. Dia diberi julukan sebagai Tasik Dayang Bunting.
Menurut cerita, seorang putera raja, Mat Teja, jatuh cinta dengannya dan menipu puteri itu untuk mengahwininya. Mereka dikurniakan seorang anak, yang kemudiannya meninggal dunia setelah tujuh hari akibat penyakit misteri.
Disebabkan terlalu sedih, Mambang Sari meletakkan mayat anaknya ke dalam tasik itu dan kembali semula ke dunia kayangan.
Sehingga ke hari ini, ada yang masih percaya wanita yang sukar mendapat anak, jika mandi dalam tasik itu akan dikurniakan anak. Ada yang turut mengakui kebenaran hal ini.”
(Sumber: www.tourism.gov.my)
Gambar Pulau Dayang Bunting..
(Surah Al-Anbiya’:31)
AKTIVITI MENARIK SEMASA ‘ISLAND HOPPING’
1)Mandi di Tasik Dayang Bunting
2)Bermain bersama ikan keli (Tasik Dayang Bunting)
3)Melawat habitat burung Helang
4)Mandi di Pantai Beras Basah sambil membuat ikan duyung pasir