17/11/09 – Lawatan diteruskan ke Underwaterworld selepas letih bermain air laut dan air tasik sewaktu ‘Island Hopping’. Perjalanan tak la terlalu mencabar ke ‘Pusat Aquarium Besar’ ini, disebabkan motel kami di sebelah Underwaterworld ni jer..
Pengalaman melawat ke Underwaterworld ni bukannya pengalaman yang pertama buat saya. Pertama kali melawat ke Underwaterworld ini, seingat saya sewaktu berumur 5 tahun bersama family. Jadi, walaupun pernah melawatnya, lawatan kali ini memberi pengalaman yang sangat berbeza. Umur yang lain dan group lawatan yang lain.. Dan yang paling penting ialah ‘pencerapan maklumat’ dahulu dan sekarang adalah berbeza.. Maklumlah.. Dulu kecik lagi, tengok ikan pun suka2 jer..
Jawapannya = Banyak
Semestinya banyak hidupan bawah laut yang dipamerkan di sini. Dari ikan yang kecil sampailah yang besar dan pastinya tak termasuk ikan kembung. Hehe.. Selain itu.. Terdapat juga burung Kakak Tua yang mungkin dijadikan tarikan tambahan kepada pelancong.
Generasi Penguin yang diambil oleh Dr. Mahathir di Antartika
Antara ikan yang dipamerkan
KAMI DI UNDERWATERWORLD?
Macam biasa dan menjadi falsafah kami, di mana ada tempat menarik, di situ ada gambar kami. Misi mengumpul gambar sebesar 5Gb perlu dicapai. Hehe..
SI PARI MEMAKAN MANGSANYA DAN HIKMAH CIPTAAN ALLAH
Apa yang menariknya bagi saya ialah sewaktu fish feeding dan pastinya menjadi tumpuan ramai sewaktu sesi ini berlangsung. Pada pukul 3 petang setiap hari, seorang fish feeder akan bertugas memberikan makanan kepada ikan2 di dalam aquarium yang besar itu.
Maha Suci Allah Yang Maha Memberi Rezeki dan Maha Kaya..
Sewaktu melawat Underwaterworld ini juga, banyak makhluk2 ciptaan Allah s.w.t yang dapat kita ambil pengajaran. Fikirkanlah tentang kehebatan Allah Yang Maha Pencipta..