
KEMANAKAH PERGINYA FITRI DAN ALAN?
Satu persoalan timbul kepada kami di dalam kembara ini, kemanakah perginya Fitri dan Alan? Untuk pengetahuan semua, Fitri dan Alan telah pun mengundurkan diri daripada UNIC atas sebab2 peribadi yang tidak dapat dielakkan.
Telah diduga oleh Bazli dan Fazli, berita ini akan memberi kejutan kepada peminat terutamanya pengunduran Fitri daripada UNIC kerana beliau dikira sebagai ikon dalam UNIC itu sendiri. Berita ini sangat mengejutkan sehingga ada peserta yang mahu pulang kerana Fitri tak ada. Haha.. Walau bagaimanapun, saudara Fitri akan kembali menyertai UNIC apabila masalah peribadinya selesai. InsyaAllah..
ICE BREAKING
Kami tiba di Hotel Rayyan Alor Setar pada pukul 7.00 pagi dan selepas itu ice breaking pun bermula. Program taaruf buat kat tepi Sungai Kedah jer.. (depan hotel).

Ramai-ramai dengar celoteh abg Isma
KONSERT AMAL UNIC DI SHOUQ AL-BUKHARY

UNIC bersama peminat di atas pentas
Bergambar kenangan bersama peserta Kembara Amal UNIC
“Bagus betul orang yang belanja urut kaki ni kan”, abg Isma.
BBQ DI PUTERI AYU RESORT, YAN KEDAH

RIADAH DI TASIK DARULAMAN JITRA, KEDAH
MAKAN TENGAH HARI DI MENARA ALOR SETAR
Inilah slot terakhir kami, sedih rasanya dah nak habis program. Seterusnya, kami makan tengah hari di Restoran Menara Alor Setar. Makan nasi ayam sambil menikmati permandangan bandaraya Alor Setar di atas menara.
Tidak semua orang dapat merasai pengalaman bersama kumpulan UNIC ini. Bukannya melihat mereka di atas pentas sahaja, kami dapat merasai sendiri karenah UNIC secara live. Banyak ‘rahsia’ dan perkembangan terbaru yang dikongsi kepada kami oleh UNIC yang sebelum ini mungkin ramai yang tidak tahu lagi. Program ini juga memberi makna kepada kami terutamanya apabila mendapat ramai kenalan baru yang sama2 meminati seni hiburan Islam ini..
Terima kasih kepada semua terutamanya abg. Isma, Fazli, Bazli, Fakhrul, Ajak, Kak Mas kerana mengorbankan masa dan keringat untuk menjayakan program kembara ini. Dan tak lupa juga kepada semua sahabat2 UNIC.
Terima kasih yang tidak terhingga juga kepada Gadis Desa iaitu Saudari Siti Noor Syazwana di atas sumbangan gambar2 di atas. Jazakallah Khairal Kathira. Wallaua’alam..
Jamalie_Jam @ jamalrafaie89.blogspot.com
45700 Bukit Rotan, Selangor.
Assalammualaikum..
kenapa Fitri keluar dr UNIC?
Wasalam.. Beliau nak bergerak secara solo..
Pingback: NASYID, PUJIAN, HARTA DAN WANITA