2009 meninggalkan kita. Apa yang berlaku biarkan ianya menjadi sejarah yang terpalit dalam ruang lingkup pemikiran kita. Dan pastinya perkara yang paling ditunggu-tunggu ialah semangat dan harapan baru dalam kehidupan tak kira diri sendiri, keluarga, masyarakat, negara dan dunia.
Jika ditanya kepada saya tentang azam tahun baru. Emm.. Saya tak pernah berazam sempena tahun baru. Jangan hanya menunggu tahun baru sahaja untuk berazam, jika sudah ada impian, terus berazam.
Bagi saya, ‘azam’ sempena tahun baru ini hanyalah untuk pertubuhan, syarikat dan organisasi. Perancangan untuk program, bajet, perlu dibuat untuk memastikan keberkesanan perjalanan sesuatu organisasi itu untuk tahun yang akan datang.
Selalunya azam hanya tinggal azam.
Jika dikira, dua kali setiap tahun kebanyakan orang akan berazam. Tak kira tahun baru masihi ataupun hijrah. Hidup penuh dengan harapan dan impian. Harapan hanya tinggal harapan.
Walau bagaimanapun, tidak salah menyimpan impian, kerana impian itu adalah satu rancangan.
Azam perlu disertai dengan usaha. Usaha perlu disulami dengan doa. Doa pula perlu disudahi dengan tawakal. Apabila berjaya, palingkan ketaqwaan kepada Allah s.w.t. InsyaAllah berjaya..
Sempena tahun baru 2010 yang bakal menjelma, saya ucapkan Selamat Tahun Baru 2010 kepada semua. Semoga Malaysia mendapat rahmat dari-Nya, hidup kita aman sentosa..
Harapan Baru Buat Semua.
Wasalam.
Jamalie_Jam @ jamalrafaie89.blogspot.com
45700 Bukit Rotan, Selangor.