Lagu berjudul Langkah Tercipta dari kumpulan UNIC telah dilancarkan pada tahun 2009. Lagu ini adalah lagu dan album yang terbaru kumpulan UNIC. Untuk pengetahuan semua, lagu ini juga telah dinobatkan sebagai juara Carta Nasyid IKIM berminggu-minggu lamanya.
Ianya bermula sewaktu Fitri UNIC mengumumkan pemergian Saudara Bazli ke Mesir kerana melanjutkan pelajaran di sana. Konsert UNIC di USM Transkrian adalah persembahan terakhir Bazli sebelum berangkat ke Universiti Al-Azhar, Mesir.
Air mata berjujuran keluar dari mata tatkala mendengar pengumuman itu. Bazli lama di dalam UNIC, tiba masanya mereka berpisah, siapakah yang tidak bersedih?
“Manakan saya tidak sedih, saya terpaksa meninggalkan perkara yang saya sukai (bernasyid), dah bertahun-tahun lamanya saya bersama UNIC, dari awal penubuhannya sampailah sekarang”, suasana sayu menyelubungi semua pendengar di dalam bas itu sewaktu Bazli memulakan kisahnya.
“Di Mesir, saya diuji dengan berbagai-bagai ujian, ujian yang paling besar ialah sewaktu musim peperiksaan akhir semester pertama. Saya mengalami demam yang sangat teruk, sampai saya tak boleh bangun dari katil”, cerita Bazli.
“Saya mula demam sebelum 2 hari paper sirah, saya memang tak larat nak study, bila baca kitab memang saya tak tahu nak baca apa. Sampailah hari exam tu, saya masih demam lagi, saya tak larat nak menjawab exam, saya pesan kat kawan, bagi tau pensyarah, saya tak dapat hadir exam“, tambah Bazli yang dipanggil BAI di kalangan rakan-rakan.
SEMESTER KEDUA
“Pada semester kedua, saya tak diuji apa-apa ujian pun, Allah tak bagi ujian kat aku ke?, terdetik dalam hati saya berkata begitu”, Bazli meneruskan ceritanya.
Sewaktu itu, Bazli sedang makan bersama kawan-kawannya.
“Selepas hati saya terdetik berkata begitu, tanpa disangka-sangka saya tercekik tulang ikan yang saya makan, dengan hanya tulang ikan yang kecil itu, saya merana selama 3 hari. Banyak cara saya cuba, telan nasi kepal, minum air banyak2, semua tak berjaya. Sampailah tulang tu hilang sendiri. Saya silap, kita semua jangan sekali-kali mencabar Allah. Allah itu Maha Kuasa, semuanya mampu Dia buat”, nasihat Bazli kepada kami.
“Berdasarkan pengalaman ujian ini, saya mendapat ilham menulis lagu ‘Langkah Tercipta’. Inilah lagu berdasarkan pengalaman saya. Selepas diuji oleh Allah s.w.t, saya dapat balik ke Malaysia dengan kejayaan dan berjumpa kembali dengan rakan2 saya”, Bazli menyudahkan kisahnya.
LANGKAH TERCIPTA
Semalam aku kelukaan,
kecewa kehampaan,
mencalar ketabahan,
mimpi yang sering ku harapkan,
menjadi kenyataan,
namun tak kesampaian.
Allah…
Inginku hentikan langkah ini,
bagaikan tak mampu untuk ku bertahan,
semangat tenggelam,
lemah daya,
haruskah aku mengalah,
namun jiwaku berbisik,
inilah dugaan.
Dan langkahku kini terbuka,
pada hikmah dugaan,
uji keimanan (menguji keimanan),
tak dilontarkanNya ujian,
di luar kekuatan,
setiap diri insan.
Allah…
Pimpinlah diriku,
tuk bangkit semula,
meneruskan langkah,
perjuangan ini,
cekalkan hati dan semangatku,
kurniakan ketabahan,
agar mimpi jadi nyata,
padaMu ku meminta.
Daku mohon agung kudratMu,
wahai Tuhan yang satu,
segalanya dariMu.
Lagu : Bazli
Lirik : Bazli & Atie
13600 Perai, Pulau Pinang
Allah punya kerja… Dia tahu terbaik bt kita hambaNya~
Setiap perkara yang terjadi pasti ada hikmahnya.. Termasuk juga dengan peristiwa langkah tercipta ini, di sebalik kisah itu, kita dapat mendengar sebuah lagu ini.. ^_^