Sekitar tahun 1990-an, Meor Ahmad Fuad (Arwah Din Beramboi) mendakwa kartunis Ujang telah menciplak watak ciptaannya iaitu Din Beramboi atau nama sebenar watak itu Din Beramboi Alai Berjanggut. Kes ini dibawa ke mahkamah dan akhirnya kartunis Ujang menarik diri dari kes ini. Maka Meor Ahmad Fuad mendapat hak di atas nama Din Beramboi itu.
Kes di atas adalah dua contoh kes yang berkaitan dengan isu copyright ini. Apakah bezanya Trademark, Pattern dan Copyright? Sama tapi tak serupa. Yang pasti, Trademark, Pattern dan Copyright melindungi harta-harta intelek yang dicipta. Tapi apa yang membezakannya?
TRADEMARK
Trademark adalah satu tanda yang digunakan oleh individu, syarikat atau organisasi. Pendaftaran Trademark ini bertujuan untuk memberi menunjukkan secara unik tentang syarikat atau organisasi mereka kepada orang ramai.
Cap dagangan ini (Trademark) ini biasanya digunakan untuk harta intelek seperti nama, logo, gambar, frasa kata, simbol dan gabungan antara unsur-unsur tadi. Kita ambil contoh yer :
- Kopi Radix – Mai Secawan
- KFC – Sedap Hingga Menjilat Jari
- RFC – Fresh-Organic-Halal
- Gardenia – Sedap Dimakan Begitu Saja
PATTERN
Pattern pula ialah hak eksklusif yang diberikan oleh pihak berkuasa untuk penemu atau penerima hak yang memiliki suatu peranti, kaedah, proses atau komposisi bahan. Senang cerita macam produk-produk telefon yang berlambak di pasaran sekarang. Semua model itu didaftarkan patternnya oleh syarikat masing-masing.
COPYRIGHT
Pernah tak anda melihat lirik atau lagu yang ditulis dengan perkataan “Copyright Controlled”. Apa maksudnya tu? Maksudnya ialah lagu itu telah pun didaftarkan dan digunakan kembali dengan izin dari pemiliknya.
Copyright melindungi harta intelek berbentuk idea. Seperti lagu, video, filem, puisi, tesis, lukisan, foto, siaran radio, siaran televisyen dan lain-lain lagi yang berkaitan. Simbol untuk hak cipta ini ialah ©. Jika anda melihat simbol ini, maka ianya telah didaftarkan dan tidak boleh meniru dengan sewenang-wenangnya.
DASAR SAYA DALAM ISU COPYRIGHT INI
Gambar yang dimuatkan di dalam blog ini kebanyakkannya adalah gambar saya sendiri. Saya tidaklah terfikir untuk mendaftarkan foto-foto tersebut, cukuplah sekadar meletakkan watermark pada foto-foto saya di dalam blog ini.
Kadang-kadang kita memerlukan foto-foto lain untuk membantu entri kita. Jalan yang paling terbaik untuk mengambil foto-foto tersebut di Google dengan menyalin image location asal foto itu dan bukannya download dan upload semula. Kalau boleh tulis sekali sumber imej yang kita ambil itu untuk memberi kredit kepada pemilik foto tersebut. (untuk entri yang terdahulu, minta maaf tak dapat nak letak image location asal)
Saya malas sedikit menulis sumber foto itu di dalam entri. Hehe. Jika anda mahu tahu imej location gambar dalam entri ini, hanya klik di foto tersebut dan ia akan terus link dengan sumber asalnya. Saya rasa ini lebih selamat dari mengambil hak orang lain.
JANGAN LETAKKAN WATERMARK ANDA JIKA IANYA BUKAN GAMBAR ANDA!! Jika kita ingin meletakkan entri blog lain ke dalam blog kita, tuliskan link asalnya untuk rujukan. Mudah sahaja kan? Contoh penyalahgunaan entri orang lain. (di sini).
P/S : Study untuk test esok (Design For Manufacture), tajuknya “LEGAL ISSUES OF PRODUCT DESIGN”. Ada satu tajuk berkenaan entri ini, sambil study boleh berkongsi dengan anda kan.. Boleh juga melawat blog rakan saya yang menulis tentang isu ini. (di sini).
HAK CIPTA TERPELIHARA!!
Jamalie_Jam @ jamalrafaie89.blogspot.com
13600 Perai, Pulau Pinang.
terima kasih atas info………. =)
Sama-sama. Terima kasih kerana berkunjung di sini. ^_^
trimakasih atas infonya .
mau tanya nih .
kalau kita mau menyertakan huruf. (™) pada logo suatu brand apa kita haru mendaftar terlebih dahulu atau kita bisa langsung saja menyertakan huruf itu . ?
terimakasih sebelumnya , 🙂
Kita harus mendaftar dengan Suruhanjaya Hak Cipta di sesebuah negara..