Kumpulan uniQue (known as UNIC)
Perjalanan ke MRSM Batu Pahat hanya tinggal 30 Kilometer lagi, kereta Kia Forte yang dinaiki kami berempat meluncur laju menyusuri jalan ke sekolah itu. Di dalam kereta pula meriah dengan latihan nyanyian oleh abang-abang uniQue untuk persembahan yang bakal berlangsung pada sebelah malamnya.
Tanpa disangka kami telah merentasi 30 Kilometer itu dan akhirnya..
“Assalamualaikum.. Cikgu.. Kami dah sampai”, kata Abang Fadzli kepada seorang guru MRSM Batu Pahat menerusi panggilan telefon. Jam 3.30 petang, kami selamat tiba di MRSM Batu Pahat.
PANGGILAN KEMBARA BERSAMA UNIQUE
Pada 25 hingga 27 Jun 2010 yang lalu, saya dipelawa oleh kumpulan uniQue untuk bersama mereka mengembara ke Batu Pahat, Johor dan Sungai Petani, Kedah. Kehadiran saya adalah untuk membantu menjayakan persembahan dan menyelaras jualan produk uniQue semasa persembahan berlangsung.
Alhamdulillah. Buat pertama kalinya saya dipelawa untuk mengembara bersama uniQue. Selepas berprogram bersama mereka di Alor Setar (Kembara Amal UNIC Ke Utara), Malam Aspirasi Islam 1 dan Konsert Untukmu Palestin di UiTM Pulau Pinang, saya berpeluang berprogram bersama mereka sekali lagi.
Bukan sebagai penonton atau peserta, tetapi sebagai pembantu kepada mereka (uniQue). Satu pengalaman yang menarik bagi saya.
KONSERT UNIQUE DI MRSM BATU PAHAT, JOHOR
(sambungan cerita di permulaan entri)
Setelah berehat seketika, pada pukul 5.30 petang kami ke Dewan Utama MRSM Batu Pahat untuk sesi Sound Check. Sesi Sound Check tidak lama memandangkan masa amat suntuk.
Tepat jam 8.30 malam, konsert uniQue pun bermula..
Persembahan uniQue di MRSM Batu Pahat
.
uniQue di atas pentas bersama penonton terpilih
.
Sesi Autograf bersama peminat selepas konsert
.
uniQue dan para pengawas MRSM Batu Pahat
.
Sesi menghabiskan makanan selepas persembahan
.
Persembahan tamat lebih kurang jam 11.30 malam. Selepas sesi autograf bersama peminat dan jamuan ringan, kami terpaksa meneruskan perjalanan ke Sungai Petani, Kedah pada malam itu juga kerana ada persembahan lain pada keesokkan paginya.
Dari selatan terus ke utara pada hari yang sama? Tak letih ke? Memang letih, tetapi bagi yang memandu akan lebih letih! Itulah kebiasaan bagi uniQue, kembara suatu perkara biasa pada mereka. Saya turut merasainya.
PERSEMBAHAN MAJLIS PERKAHWINAN DI SUNGAI PETANI
Sewaktu perjalanan, kami berehat seketika di R&R Seremban untuk menikmati kopi Mai Secawan (Radix), selepas itu perjalanan diteruskan sehingga sampai di Masjid Seberang Jaya, Pulau Pinang untuk bersolat Subuh. Kami hanya sampai di sebuah tempat yang diberi nama Kelab Cinta Sayang Resort, Sungai Petani pada jam 8.30 pagi.
Persembahan pada pagi itu adalah untuk memeriahkan majlis perkahwinan Hafiz dan Humira yang diadakan di Ballroom Kelab tersebut.
.
Saudara Fakhrul Radhi mengalunkan ayat-ayat Al-Quran
.
.
uniQue bersama Bapa pengantin semasa berkunjung ke rumahnya
.
Itulah serba sedikit kisah yang dapat saya nukilan di sini sepanjang 3 hari bersama uniQue. Banyak pengalaman yang baru saya rasanya terutamanya dalam selok belok persembahan, jualan dan komunikasi dengan masyarakat. Ternyata, saya amat gembira dengan pengalaman ini.
Terima kasih kepada Abang Fadzli, Bazli dan Fakhrul Radhi di atas tunjuk ajar yang diberikan sepanjang perjalanan tempoh hari. Jasa kalian amat saya hargai dan saya berharap dapat mengikuti kembara uniQue di persembahan yang lain. Jauh perjalanan luas pengalaman. Justeru, episod kembara ini belum tamat lagi, ada perkongsian lain yang mahu saya kongsikan bersama anda. Tunggu..
Terima kasih saya ucapkan di atas pengalaman ini.
NOTA : Sertailah fan page UNIC dan famili uniQue! di Facebook. Bagi yang berminat menjemput uniQue (known as UNIC) mengadakan persembahan atau motivasi, bolehlah menghubungi Saudara Bazli di talian 019-2094277 atau emailkan kepada unicrecords@gmail.com. Insya-Allah, uniQue akan memberikan kerjasama yang terbaik buat semua.
UNIQUE TETAP UNIC!!
Jamalie_Jam @ jamalrafaie.com
45700 Bukit Rotan, Selangor Darul Ehsan.
Salam sheikh..
teruskan belajar selok belok industri..:-)
Insya-Allah.. Masih banyak yang saya perlu pelajari.. Ikut show ni, banyak membuka mata saya berkenaan dengan industri nasyid ni..
sungguh meriah dan tenang saya buatnya bila saya melihat gambar-gambar saudara tersebut..
wa….best2..=))
awat cheq tak tau unique mai sg petani..
isyk2…=p
Saya pun tak tahu sebenarnya nak pegi sungai petani.. Lambat tau.. Hehe.. Tapi buat show kat majlis kawin, bukan konsert.. Hehe..
Terima kasih.. Boleh la saya belajar dari saudara ye pasal dunia blog ni.. Saya sangat kekurangan ilmu.. 🙂
salam..tq jamal..cantik ayat..kalo cikgu bm mesti bg full mark hehe
Wasalam.. Ayat-ayat Cinta dari saya.. hehe..
salam bro, UNIC dah tukar nama ek? baru tau…
Wasalam.. Ya.. Dah tukar nama.. UNIC dah habis kontrak dengan Hijjaz, jadi Hijjaz nak balik nama tu.. Sebab tu diorg tukar nama jadi uniQue.. Nama je tukar, tapi orgnya sama jer.. Mungkin ramai yang x tau lagi, tu lah cabarannya, nak bagi tau org lain.. hehe..
salam ziarah..
sy baru jer melawati blog sdr. alhmdllh..bpuas hati & menarik…
sdr mmg slalu kembara bsama Uniqe ye…sekurang2 blh dpt tau berita tkini ttg mereka.Semoga dteruskn pjuangan & niat yg baik ni..
Wasalam Nur Firqah.. Terima kasih melawat blog saya ini.. Saya tidaklah selalu kembara bersama uniQue.. Cuma pengalaman mengikut mereka saya coretkan di sini sebagai perkongsian kepada pembaca.. Insya-Allah jiak ada kelapangan kembara bersama uniQue, saya akan kongsikan lagi ya.. tq..