Sepanjang penglibatan menguruskan industri hiburan, inilah kali pertama saya menulis sebuah Konsert sendiri yang berdurasi selama 1 jam 30 minit.
Apa yang lebih mencabar lagi ialah program ini adalah julung-julung kalinya diadakan di kampung saya! Seperti tahun-tahun sebelum ini, JKKKP kampung saya hanya mengadakan ceramah, perarakan dan pertandingan nasyid apabila tiba sambutan Maulidur Rasul.
Idea penggabungan ceramah dan hiburan adalah perkara yang boleh dikatakan mendapat sambutan yang menggalakkan daripada masyarakat. Lahirnya konsep seperti DIKIR ZIKIR di TV Al Hijrah membuka ruang untuk mengembangkan idea gabungan persembahan dakwah tersebut.
Untuk program Maulidur Rasul di kampung saya, saya telah menulis sebuah konsert yang diberinama Malam “SEMARAK CINTA RASUL”. Tetamu khas yang diundang dalam konsert ini adalah Imam Muda Nasir yang saya fikir mempunyai kelebihan dari segi suara dan permainan emosi dalam ceramah.
Konsert ini bakal berlangsung pada 25 Januari 2013 jam 9.00 malam.
Dalam konsert ini saya menerapkan tentang penceritaan sirah Nabi dan penghayatan amalan sunnah kepada penonton. Lagu-lagu yang akan disampaikan saya pilih berdasarkan jalan cerita yang bakal disampaikan. Disamping itu juga saya menyampaikan lagu atau qasidah klasik yang mungkin dapat membawa sekali penonton untuk mendendangkannya.
Saya tidak mempunyai ilmu yang khusus dalam persembahan pentas, hanya cebisan pengalaman dan pemerhatian dalam penglibatan industri penerbitan cuba saya bawa dalam konsert ini. Elemen lampu dan asap adalah satu eksperimen dalam konsert pertama ini.
Apa yang paling penting dalam konsert ini, saya berhasrat untuk cuba membawa perubahan kepada belia-belia kampung agar suka bersosial dengan sihat, bermasyarakat dan melakukan aktiviti-aktiviti yang berfaedah. Oleh kerana itulah, kumpulan nasyid ini kita tubuhkan.
Saya tidak tahu nama apa yang sesuai untuk kumpulan ini. Pada mulanya ada yang mencadangkan nama SANGKURIANG! Tapi isyhhhh! Sangkuriang itu adalah nama lagenda cerita rakyat Indonesia yang tidak patut dicontohi! Mungkin juga cadangan nama itu adalah melawak sahaja.
Saya suka dengan nama 1M MUZIKA yang bermaksud 1 Malaysia MUZIk KAmpung ataupun Aku Budak Muzik Kampung! Bermaksud Budak Kampung berjiwa besar! GLOKAL = GLObal + loCAL.
Saya berdebar, Imam Muda berdebar, ahli-ahli kumpulan juga berdebar, penonton berdebar, Ketua Kampung tidak duduk diam. Semuanya menanti perkara yang ‘besar’ ini!
Semoga konsert kecil ini memberi impak yang besar kepada masyarakat. Insya-Allah.
UPDATED : Konsert telah berlangsung dengan jayanya. Video? Ha! Insya-Allah akan diupload!!
SEMOGA ALLAH MEMBANTU KITA!
Jamalie_Jam @ jamalrafaie.com
45700 Bukit Rotan, 22 Januari 2013.
tahniah jamalll.dah buat kat penang bawak ke kampung pulak..
moga usaha diberkati Allah..
buat yang termampu..moga ada impaknya nanti
Thanks Bro!!