MENGAPA NAK GANYANG MALAYSIA?

Ganyang Malaysia?

Untuk apa ya?

Hanya kerana marahkan pihak berkuasa Malaysia yang menangkap nelayan Indonesia yang menceroboh perairan kita? Atau hanya kerana Malaysia dikatakan menciplak kebudayaan Indonesia?

Secara jujurnya, saya tidak pernah melihat mentaliti seperti ini.

Mentaliti yang layak di bawah kasut!

RAKYAT MALAYSIA MENDAPAT TEMPIASNYA

Di bulan yang mulia ini dan kebetulan di bulan kemerdekaan Malaysia yang ke-53, kita digemparkan dengan insiden melempar najis manusia oleh segelintir rakyat Indonesia di depan Kedutaan Malaysia di sana. Apakah ini? Sudah tidak ada kerja lainkah?

Sungguh memalukan, insiden ini terjadi hanya kerana pihak Polis Marin Malaysia menahan 3 pegawai penguatkuasa Kementerian Kelautan dan Perikanan negara tersebut pada 13 Ogos yang lalu!

Siapa benar siapa salah dalam insiden penangkapan ini bukanlah menjadi satu masalah besar, tetapi adakah kerana insiden itu seluruh rakyat Malaysia mendapat tempiasnya? Sehinggakan laman Facebook UNIC sendiri pun ‘diceroboh’ dengan kata-kata kesat dari rakyat Indonesia!

Sungguh tidak rasional.

BOIKOT BARANGAN MALAYSIA?

Saya berasa lucu dengan tindakan segelintir mereka yang bersungguh-sungguh menjalankan kempen boikot barangan Malaysia di Indonesia. Sampai begitu sekali tindakan mereka ya?

Lebih baik mereka yang bersungguh-sungguh ini menjalankan kempen memboikot barangan Israel daripada memboikot barangan Malaysia, ada juga faedahnya!

Nasihat saya, jika mahu memboikot sepenuhnya mudah sahaja. Jangan datang bekerja di Malaysia kerana Malaysiakan perlu diboikot oleh anda (kepada yang memboikot, yang tidak silakan ke Malaysia)!

APA TINDAKKAN KITA?

Apakah tindakkan kita? Adakah kita perlu membakar bendera mereka?

Tidak perlu.

Membakar bendera dan membuat rusuhan bukan perangai kita. Lagi pun, insiden ini hanyalah dilakukan oleh segelintir masyarakat Indonesia yang berpendidikan rendah sahaja dan bukannya keseluruhannya. Saya yakin golongan intelektual di sana juga mengutuk dan menggeleng kepala terhadap insiden ini.

Bersyukurlah wahai golongan yang memusuhi Malaysia, seramai 2 juta rakyat Indonesia dapat bekerja secara aman di negara bertuah Malaysia ini. Malaysia banyak bertolak ansur dengan Indonesia terutamanya soal pendatang asing tanpa izin, perkara ini sangat menyulitkan kami tetapi adakah kami membalas dendam?

Mengapa perlu berkonferentasi?

NOTA : Mungkin artikel ini agak keras bunyinya, tetapi ianya hanya sekadar perkongsian sahaja dan bukannya ditujukan kepada seluruh rakyat Indonesia, hanya segelitir sahaja rakyat Indonesia yang melakukan perkara ini. Saya mengucapkan terima kasih kepada seluruh rakyat Indonesia yang bersama-sama membangunkan Malaysia. Terima kasih.. Selamat menyambut kemerdekaan Malaysia yang ke-53.

BUAT BAIK BERPADA-PADA, BUAT JAHAT JANGAN SEKALI!!

Blogger Templates

Jamalie_Jam @ jamalrafaie.com
45700 Bukit Rotan, Selangor Darul Ehsan.


Related Post

18 Replies to “MENGAPA NAK GANYANG MALAYSIA?”

  1. salam jamal,makcik mmg suka membaca setiap apa yg jamal papar di sini.sebab sekurang2 nya makcik tahu berita2 macam ni.terus kan usha jamal ya dan makcik doakan semoga Allah mempermudah kan segala urusan jamal amin…

  2. salam…

    Kita hidup berjiran x sepattnya perkara mcm ni berlaku,
    buknnye jaoh pon indonesia dengan M’sia,
    kalau jdi ape2, jirn dulu yg bertggungjawab,
    tpi dh jdi mcm ni, btol2 rse terkiln.

  3. sebenarnya sudah lama mereka berdendam dgn negara kita..disebabkan dendam itu telah lama dipendam,perkara kecil menjadikan dendam itu terus meletus..

  4. salam…

    mula isu tarian pendet…dan baru ni kerana penahanan 3 pegawai penguatkuasa..masa tgk berita tu,rasa marah pulak..rasa mcm dorg tak sedar diri ramai orang indon di sini,lagu2 mereka disini,cerita mereka di sini,tapi ada hati nk menganyang malaysia..

    kalau ikot hati,mahu saja membakar bendera mereka semula..tapi kalau ikot hati,binasa..kalau kita buat jugak,kita sama saja spt mereka..tiada beza..

    kerajaan kdua dua buah negara perlu lebih tegas..ada kmungkinn itu semua adalah kumpulan upahan..jadi,dalangnya perlu la dicari..

    note:tertarik dgn ulasan di berita minggu baru2 ini..mengaitkan politik indon dengan sentimen anti malaysia ini..

  5. Salam………
    Sblmnya sy mnta maaf byk2 ea…kpd semua Warga Negara Malaysia atas tindakan2 segelintir org Indon yg terlampau sngt.smp bakar bendera pula.sbnrnya sy ni malu sngt tngok berita2 tu.tindakan2 yg tak sepatutnya mrka lakukan.tapi sy yakin tak semua org Indon anti malaysia,tu cm segelintir sja.

    Wahai saudaraku,

    Sungguh Allah dan Rasulnya sangat membenci permusuhan, diriwayatkan dari Anas bin Malik r.a, bahwasanya Rasulullah saw. bersabda, “Janganlah kalian saling membenci, saling dengki, dan saling bermusuhan. Jadilah kalian hamba Allah yang besaudara. Dan tidak halal bagi seorang muslim memboikot saudaranya lebih dari tiga hari,” (HR Bukhari [6065] dan Muslim [2559]). Dan setiap muslim adalah saudara bagi satu dengan yang lainnya, Rasulullah bersabda: “Seorang muslim adalah saudara bagi muslim lainnya, tidak menzaliminya dan tidak mengecewakannya (membiarkannya menderita) dan tidak merusaknya (kehormatan dan nama baiknya).” (HR. Muslim), dan campakkanlah ashobiyah dari hati kalian dengan tegas Rasulullah bersabda: “Bukan termasuk golonganku yang menyeru kepada Ashobiyyah (kelompok/suku/bangsa), berjuang untuk Ashobiyyah dan mati diatas Ashobiyyah” ( HR.MUSLIM )

    Sekali lagi sy mohon maaf ea…
    Bukan kerna sy skrg tngah bljar d sni.tp dr lubuk hati sy yg paling dalam tak da rasa sdikit pun membenci Malaysia.bahkan sy yakin sebahagian besar Warga Negara Indonesia pun spt sy juga.kerna kita semua benci permusuhan

    INDONESIA-MALAYSIA CINTA DAMAI……

  6. Wasalam Aris.. Tak perlu bimbang, kami bukannya marah dengan seluruh rakyat Indonesia, tetapi hanya kepada segelintir yang membuat angkara itu..

    Setiap negara di dunia ini adalah milik Allah SWT, maka semuanya berhak untuk mencari rezeki di mana-mana sahaja, tidak ada halangan.. Terima kasih Aris kerana kesal dengan tindakan mereka ini..

    Semoga persaudaraan sesama Islam dan serumpun terus mekar di antara Malaysia dan Indonesia.. Insya-Allah..

  7. Mungkin juga mereka yang membuat angkara ini adalah diupah oleh ‘tangan-tangan ghaib’ yang ingin melihat sesama Islam berpecah-belah.. Saya juga bersetuju.

    Namun, perkara ini mampu dibendung jika kita bertegas.. Mungkin kita perlu bertegas dengan mereka yang sewenang-wenangnya masuk ke negara ini dengan haramnya! Bersyukurlah Malaysia masih berlemah-lembut.. Hai..

  8. Wasalam Makcik Intan.. Semua yang ditulis sekadar perkongsian pendapat dari saya yang serba kekurangan ini.. Terima kasih kerana memberi semangat untuk terus menulis walaupun sekarang masa untuk menulis dah semakin sempit.. Terima kasih juga di atas layanan yang diberikan.. (^_^)

  9. Tapi kan.. Berdendam sebab benda remeh-temeh dan mungkin yang terlibat benar-benar bersalah? Lagi satu, mengapa perlu membenci seluruh rakyat Malaysia sampai patung Upin & Ipin pun dibakar sekali?

    Kalau Malaysia boikot Indon, dah lama Dewa 19 dan Wali Band terkubur.. Bersyukurlah dengan kenikmatan yang dilimpahkan Allah kepada kita.. Sekadar renungan.. (^_^)

  10. Ya sy pun faham&mengerti,bagaimana perasaan Jamal&org2 yg lain lht berita2 tu.psti menggeramkan & bkin tak selesa d hati.Tp yg pasti tak semua rakyat Indonesia,spt org2 yg buat cam tu.”Tak ada gading yg tak retak” tu la istilahnya,tak da yg sempurna.ada yg baik dan ada yg buruk.
    Mngkin ni jg dah d rencana oleh bbrpa org(pihak ke 3),yg mengingikan cam ni,mencuba mengadu domba Malaysia-Indonesia.tp WALLAHU A’LAM….kita pun tak th pasti
    Ya……mari kita sm2 b’doa smg sja masalah ni cpt selesai,tnp da pihak yg tersakiti.
    Aamien Ya Rabbal ‘Alamin,p’saudaraan kita Abadan abada…,apatah lagi d Bulan Ramadhan yg Mulia ni,bulan penuh rahmat & maghfirah.”MARI KITA ERATKAN UKHUWAH DIANTARA KITA”

  11. Its ok Aris.. Ayuh kita semarakkan semangat Islam boleh di hati kita.. Jemput mendengar lagu terbaru dari kumpulan UNIQ di posting terbaru saya.. Moga hari ini lebih baik dari semalam dan hari esok lebih baik dari hari ini.. Insya-Allah.. (^_^)

  12. penunjuk perasaan telah dibayar oleh pihak tertentu….bkn saje nak buat demo..tp nak dpt duit…diorang tak puase kot bulan ni…tu yg cam sengal sket..haha

  13. Isu ini kecil sebenarnya tapi ana nampak ianya saling tindih menindih dengan isu-isu yang sebelumnya..impaknya apa yang berlaku saat ini. Entahlah apa yang mereka di sana fikirkan, harap2 api tidak terus dimarakkan.

    Ini salah satu dari propaganda yang dalangnya entah siapa yang pasti mempunyai niat untuk memecahkan benteng persaudaraan umat Islam Malaysia-Indonesia.

    Ana ada sahabat warga Jakarta yang tersempit dalam isu ini, ana ada menjelaskan keadaan semasa tetapi mungkin di sana khabar yang diterima berbeza. Entahlah tak tahu lagi bagaimana untuk memberi kefahaman…

    Orang beriman itu Allah akan beri hikmah untuk membezakan yang haq dan batil..semoga kita tergolong dalam kalangan mukmin yang diberi hikmah.ameen.

  14. Ada juga khabaran dari rakan2 yang mengatakan mereka ini dibayar oleh ‘tangan ghaib’ yang inginkan perpecahan di antara rakan serumpun.. Jika benar, tanggunglah akibatnya nanti!! (^_^)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *