MAKAN SEEKOR BABI DALAM 30 TAHUN?

Orang Islam mana yang tergamak memakan haiwan yang bernama babi atau khinzir?

Pastinya kita sebagai Islam tidak mahu memakannya secara terus bagaikan memanggang ayam di dalam oven!

Oleh kerana itu, adakah kita terlepas dari memakan haiwan haram itu?

Tahukah anda, kita ‘dikelilingi’ oleh haiwan itu dan secara puratanya seekor babi telah dimakan oleh seorang pengguna!

KEGUNAAN HAIWAN INI DALAM PRODUK HARIAN

Rujuk nombor di atas untuk mengetahui kawasan dan produk apa yang dihasilkan dari kawasan itu:

1. Uji kaji senjata kimia. Tisu manusia dan tisu babi hampir sama, maka ia sering digunakan untuk ujikaji senjata kimia.

2. Ais Krim. Digunakan untuk menghasilkan gelatin bagi mengawal proses penghabluran gula dan melambatkan proses pencairan ais krim. Ais krim ada gelatin??

3. Baja. Dihasilkan dari bulu babi yang diproses.

4. Mentega rendah lemak. Gelatin di bahagian ini digunakan sebagai tekstur.

5. Bir. Gelatin di bahagian ini digunakan sebagai agen penjernih. Bertindak balas dengan bahan pahit dan tanin untuk menyerap warna air keladak dan menghasilkan air yang jernih.

6. Pelembut Pakaian. Asid lemak dari lemak tulang di kawasan ini menghasilkan warna.

7. Berus cat. Dihasilkan dari bulu babi.

8. Jus Buah-Buahan. Gelatin digunakan untuk menyerap keladak bagi menjernihkan air.

9. Syampu. Asid lemak digunakan untuk menghasilkan warna syampu yang berkilat seperti mutiara.

10. Lilin. Digunakan untuk mengeraskan lilin dan mempercepatkannya menjadi cair.

11. Roti. Protein dari bulu babi digunakan untuk melembutkan doh roti.

12. Peluru. Gelatin tulang digunakan di dalam peluru.

13. Ubat berbentuk tablet. Gelatin digunakan sebagai lapisan luaran tablet untuk menjadikannya lebih keras.

14. Serbuk pencuci. Asid lemak untuk menguatkan campuran bahan kimia.

15. Cat. Asid lemak digunakan untuk menjadikan cat berkilat.

16. Tamborine. Dibuat daripada pundi kencing babi. Tak sangka alat muzik pun dibuat dari babi. Astaghfirullah..

17. Arak. Gelatin digunakan sebagai campuran di dalam arak untuk menjernihkan air.

18. Kertas. Gelatin tulang digunakan untuk mengeraskan kertas dan mengurangkan kelembapannya.

19. Heparin. Bahan yang digunakan untuk menghalang pembekuan darah, ia diambil dari mukus yang terdapat di dalam usus babi.

20. Sabun. Asid lemak dari tulang babi digunakan sebagai agen pengeras dan perwarna.

21. Gabus. Gelatin tulang digunakan sebagai pembalut.

22. Insulin. Diambil daripada pankreas babi kerana ia mempunyai struktur kimia yang paling hampir dengan manusia.

23. Yogurt. Kalsium daripada tulang babi digunakan di dalam sesetengah yogurt.

24. Rokok. Hemoglobin daripada darah babi digunakan sebagai filter yang bertindak sebagai paru-paru tiruan.

25. Filem fotografi. Gelatin tulang babi digunakan sebagai agen pelekat di atas filem itu.

26. Makanan anjing. Hemoglobin digunakan sebagai agen pewarna merah.

27. Terapi Photdynamic. Hemoglobin darah babi digunakan dalam ubat untuk merawat kerosakan retina. Ubat itu diaktifkan dengan pancaran laser pada mata.

28. Pelembap. Asid lemak daripada tulang digunakan sebagai bahan campuran di dalam pelembap.

29. Snek anjing. Dibuat daripada hidung babi yang digoreng.

30. Karyon. Asid lemak digunakan sebagai agen pengeras.

31. Kasut. Gam dari tulang babi digunakan untuk meningkatkan kualiti struktur kulit.

32. Brek kereta api. Abu tulang babi digunakan dalam pembuatan brek itu.

33. Ubat gigi. Gliserin daripada lemak tulang babi digunakan untuk menghasilkan tekstur ubat gigi yang halus.

34. Gam kayu. Gam yang kuat yang biasa digunakan di dalam industri berasaskan kayu dihasilkan daripada kolagen.

35. Topeng muka kosmetik. Diambil daripada kolagen babi untuk mengurangkan kedut.

36. Sumber tenaga alternatif. Bahan buangan daripada babi digunakan sebagai bahan bakar untuk menghasilkan tenaga elektrik.

37. Makanan tenaga. Diolah daripada kolagen babi untuk memberikan sumber protein yang murah kepada atlet bina badan.

38. Krim keju. Gelatin digunakan sebagai penstabil makanan.

39. Krim putar. Gelatin digunakan untuk membentuk teksturnya.

40. Pemanis. Prosin gelatin babi digunakan sebagai agen pembalut untuk memastikan ia menghasilkan tekstur yang dikehendaki pada liqourice, arak, gula, dan gula getah.

MENCARI YANG HALAL FARDU BAGI SETIAP MUSLIM

Banyakkan ‘khasiat’ haiwan ini? Tidak hairanlah haiwan ini adalah haiwan yang paling banyak diternak di muka bumi kerana kos perternakan yang murah dan menguntungkan! Nauzubillah..

Jika dilihat, banyak sumber dari babi digunakan untuk menghasilkan produk-produk harian kita. Apa yang mengejutkan, babi juga digunakan untuk membuat Tamburin (sejenis alat muzik), sungguh tidak disangka!

Saya telah menghadiri satu ceramah tentang kesedaran halal haram dalam pemakanan, kata penceramah tersebut, secara puratanya, seorang manusia telah memakan seekor babi dalam masa 30 tahun tanpa kita sedari. Bila dicampur-campur bahan haram itu dari produk harian, seolah-olah seekor babi telah masuk ke dalam badan kita. Astaghfirullah..

Alhamdulillah, makin banyak produk halal yang dikeluarkan oleh orang Islam di atas hakikat produk haram bertopengkan produk halal. Terserah kepada kita untuk memilih mana yang baik untuk kita, jangan berkira untuk mencari yang halal dan semata-mata sedap sahaja. Halal haram harus diingat.

Secebis perkongsian dan renungan buat semua.

Sama-sama kita fikirkan.

HALALAN TOYYIBAH!!

Blogger Templates

Jamalie_Jam @ jamalrafaie.com
45700 Bukit Rotan, Selangor Darul Ehsan.


20 thoughts on “MAKAN SEEKOR BABI DALAM 30 TAHUN?”

  1. Alahai…. bagusnya pendedahan…
    TAPI…. mengerikan sungguh….
    Thanks Faie untuk artikel yang bermanafaat ni… Umi cetak bagi oranglain baca…

  2. :: Salam…..
    trm ksh byk Jamal atas p’kongsiannya ni.p’kongsian yg amat2 b’manfaat.sy br th skrg,scr tidak kita ketahui bahagian tubuh/daging khinzir tu dah masuk dlm tubuh kita setiap harinya.
    Naaah stlh mengetahui hal ni sy akan b’usaha mggunakan produk yg betul2 halal(bukan hanya bertopeng halal).

  3. Inilah satu senjata musuh Islam untuk menyerang hati orang Islam untuk jauh dari Islam.. Bila hati dah gelap, iman sukar dijaga.. Nauzubillah.. Semoga Allah lindungi kita semua.. ^_^

  4. Produk yang ada tanda halal pun belum tentu halal.. Prosedur nak dapat halal je lulus, tapi sumber bahan yang digunakan belum tentu halal, jakim pun tak sempat nak cek semua..

    Contoh, gelatin yang buat kapsul, kapsul dari HALAGEL je yang halal, HPA ambil dari HALAGEL untuk buat kapsul ubat diorang..

    Ais Krim pun ada gelatin dari binatang tu, gelatin untuk lambatkan ais krim jadi cair.. hehe.. Kita dah la selalu makan ais krim, hihi.. Atau tengok produk yang ada kod E, kalau ada memang guna unsur tu la..

  5. Cikgu.. Barangan yang ada tanda halal pun masih diragui kehalalannya.. Banyak kes yang dah kena tangkap dan tanda halal palsu.. 90% pengeluar makanan di Malaysia adalah orang bukan Islam, jadi memang berpontensi besar ada unsur tu.. Nauzubillah..

    Kita kena pilih yang betul2 halal untuk kita.. Insya-Allah.. ^_^

  6. Salam. Terima kasih diatas maklumat ilmiah ini.
    Barangkali inilah satu sebab kenapa org Islam menjadi semakin jahil, semakin menjauhi agama, gelap hati, tidak dapat membezakan yang baik dan buruk- yang benar dan yang salah. Semuanya berpunca dari makanan kita seharian. Oleh itu berilah keutamaan kepada produk org Islam. Sokonglah produk orang Islam.
    Wasallam.

  7. Wasalam.. Sangat sedikit umat Islam yang terlibat untuk penghasilan makanan.. Akhirnya, makanan yang ‘kotor’ banyak masuk ke dalam tubuh badan kita.. Masya-Allah..

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *