Antara buku yang masih ada dalam koleksi saya
.
Orang kata, ilmu perlu disebar-sebarkan, tidak baik disimpan-simpan. Saya pun tidak berapa kisah untuk berkongsi kepada rakan-rakan yang lain tentang kebaikan, khususnya buku-buku ilmiah yang dibeli oleh saya sendiri.
Buku yang dibeli rasanya sudah menggunung. Tetapi mengapa semakin lama semakin sedikit?
Rupa-rupanya banyak buku-buku saya yang dipinjam tetapi tidak dipulangkan semula. Rasa kesian pula apabila tidak diberi pinjam, tetapi apabila diberi pinjam, buku itu lama kelamaan sudah menjadi ‘hak milik’ si peminjam.
Zalimkah saya jika mengungkitkan hal ini?
BANYAK ULASAN BUKU TAK DAPAT DIBUAT
Kebiasaannya, saya selalu menulis ulasan dan perkongsian tentang sesuatu buku yang saya baca. Agak lama rasanya saya tidak menulis tentang ulasan sesuatu buku itu. Ianya kerana masa yang ada amat mencemburui saya dan buku itu ‘hilang’ untuk dibuat rujukan semula!
Bagi mengelakkan perkara seperti ini berlaku lagi, usaha-usaha pencegahan perlu dilakukan sebelum pisang berbuah dua kali.
COP-LAH BUKU ANDA!
Saya ke kedai membuat Rubber-Stamp untuk menempah cop khas buat saya. Pada mulanya, tauke kedai itu memandang sinis kepada saya kerana hasrat saya itu.
“Haiyaa ini budak.. Olang selalu tempah cop syarikat, ini budak tempah cop apa ini?”, ayat telahan saya memandangkan beliau memandang sinis.
.
Setiap buku perlu ditulis nama anda
.
Saya telah menempah sebuah cop khas bagi menandakan buku-buku saya. Biarlah ianya dianggap kelakar, tetapi mungkin ada baiknya buat saya.
Maaf, bukan mahu mengada-ngada. Tetapi saya mahu melabelkan setiap buku saya supaya tidak hilang begitu sahaja. Buku itu adalah sebagai kenangan buat saya, dan boleh juga digunakan oleh orang lain pada masa akan datang.
Bukan saya berkira dan kedekut memberi pinjam, tetapi janganlah membuat harta.
PERNAHKAH KES INI TERJADI KEPADA ANDA?
Jamalie_Jam @ jamalrafaie.com
45700 Bukit Rotan, Selangor Darul Ehsan.
assalamualaikum shbt.
sama seperti keadaan sy.
^_^
sgt kecewa bila buku2 kesayangan kita yg kita pinjamkn tidak dpulangkan.
lagi2 bila buku2 yg dibeli itu mahal harganya.
hmm.takpe2.
ikhlaskan hati dan sabar.
inshaallah.Allah pasti punya pulangn yg lebih besar utk kita..
~semoga allah redha~
Kenalah simpan dari sekarang.. Buku itu kenangan.. ^_^
bukan setakat buku,barang2 laen pon macam tu gak..
selalu kita bagi ,orang tak pulang.buat rete (harta) sendiri pulak.
bila time kita nak pakai,kita pulak macam yang nak meminjam..
haish.bukan nak kedekut.tapi kita manusia gak kan.
tapi takpe.ikhlaskan hati.biarkan mereka.doakan mereka berubah.insya-Allah ada kebaikan untuk kita …
btw,saya pon ada buat cop camtu..haha.
Mungkin tabiat ini sama seperti tabiat berhutang liat nak bayar orang kita
pernah kawan tak pulangkan… last2 malas nak beli buku… cuma baca dekat library…
Selalunya memang saya suka beli buku, sebab macam tak puas pulak rasanya.. hehe..
Hak orang hak kita.. hihi.. Cam tu la nampak gayanya.. ^_^
Ada cop juga ya? Tahniah.. hihi.. Ya.. Ikhlaskanlah hati, insya-allah ada kebaikan untuk kita..
Rajinnya baca buku. Saya nak abiskan satu buku masa busy2 ni susah lah sikit. Tapi dulu tak aktif HPA memang rajin beli buku. Termasuk kitab pondok hehe.
Buku keluaran HPA pun banyak, saya round2 kat bookstore hari tu dah pening banyak sangat.. Menarik pulak semua tu.. Haiyaa.. Bilalah dapat baca semua tu..
Hehe saya pun sama nak baca buku-buku keluaran HPA pun tak sempat nak hafal. Banyak ilmu kita kena belajar sebenarnya.
Ilmu tak akan habis dipelajari.. Lemahnya kita manusia..
salam, ingat sye jer yang cop buku cam tu…hahaha
agak klakar gak la kl ingatkan balik, tapi x nak bagi ilang nyer psal, cop je la…
Azam saya, sekurang-kurangnya abiskan satu buah buku dalam mase sebulan…ape2 pown, teruskan membeli & membaca buku. INSYA’ALLAH, ILMU CAHAYA KEHIDUPAN…
Wasalam.. Tahniah dan teruskan usaha ya.. ^_^
slm…situasi yg same ngan ana nmpknye…jiran pinjam motor siap hilangkan lg….helmet lak die pinjam betahun2,then die kate kt mak ana,helmet nie cam ank ko punye laaa…ya allah…ayah ana sabo jee…huhu…
Masya-Allah.. Saya begitu memahami, walaupun buku saya hilang, tapi saudari lebih berat tanggungannya.. Bersabar ya. nanti Allah gantikan dengan lebih baik.. ^_^
huhu,,,..mase die pinjam dlm bertahun2 la gak..mase ayah ana ade kemungkinan utk berpindah kemana2,,susah nk bwk moto pindah sekali so nayh ana bg die.tup2 dh hilang dh…hihihi…..
Banyakkan bersabar ya.. ^_^
ASsalaam,
Setuju dgn cara saudara…
jadi tempah lah cop kami di Nixx Ent 🙂
huhu
**klik jer nama saya
Wasalam.. Baru tahu nilainya buku apabila buku sudah tiada di tangan kita..