“Innoucence Of Muslim” Dan Cacian Ummat

Filem menghina Nabi ini mendapat bantahan di seluruh Malaysia

Tidak berapa lama dahulu, seorang Ahli Parlimen Belanda bernama Greert Wilders telah menerbitkan sebuah filem menghina Islam yang berjudul FITNA. Tindakannya itu telah mendapat bantahan dan kecaman umat Islam dari seluruh dunia termasuk Malaysia.

Hasilnya, umat Islam berhimpun beramai-ramai di hadapan kedutaan Belanda bagi menunjukkan rasa tidak puas hati kepada penerbitan filem tersebut. Kedutaan diceroboh dan disimbah cat merah, ada juga duta yang diugut bunuh oleh penunjuk perasaan.

Kali ini, filem “Innoucence Of Muslims” pula mendapat kecaman. Parti politik, NGO, organisasi, blogger dan orang awam semuanya menentang penebitan filem ini. Masing-masing dengan cara tentangan yang tersendiri, ada berhemah dan ada juga yang ekstrem.

KEBEBASAN BERSUARA, APA BOLEH BUAT?

Setiausaha Negara Amerika Syarikat, Hillary Clinton menegaskan bahawa pihak mereka tidak berupaya untuk mengambil tindakan kepada penerbit filem “Innoucence Of Muslims” kerana mengambil kira soal kebebasan bersuara.

Kebebasan bersuara alasannya?

Itulah penangan apabila setiap orang di dunia ini diberikan hak kebebasan bersuara. Kadang-kadang hak kebebasan bersuara itu perlu, jika perkara itu memang benar-benar berhak untuk disuarakan. Tetapi kalau dah jadi macam kes memfitnah Nabi ini, adakah relevan dikatakan hak kebebasan bersuara?

Itulah akibatnya apabila kebebasan bersuara diberikan kepada sesiapa sahaja. Semua orang boleh berkata tentang orang itu dan orang itu boleh berkata tentang orang ini, jika perkara yang baik tak apa, jika buruk bagaimana?

KESATUAN UMMAT DAN APA YANG YAHUDI NAK DI SEBALIK ISU INI?

Saya terfikir, adakah Yahudi tidak pernah terfikir bahawa orang Islam akan marah jika filem ini diterbitkan? Adakah mereka terlalu bodoh untuk menerbitkan filem ini? Adakah mereka tidak tahu umat Islam ada 1.3 billion orang di seluruh dunia yang mampu membantah sekeras-kerasnya?

Saya berpendapat Yahudi tidak bodoh. Mereka terkenal dengan tindakan yang licik lagi tersembunyi. Apa yang mereka mahukan adalah kekecohan berlaku di kalangan umat Islam dan pelbagai bukti dari kekecohan itu dapat digunakan oleh mereka untuk menjatuhkan Islam.

Bantahan secara ekstrem kadang-kadang lebih memburukkan keadaan

Kadang-kadang perjuangan dan tunjuk perasaan ke atas satu-satu isu itu sangat baik. Tetapi perjuangan itu boleh tercacat dengan tindakan yang esktrem oleh orang yang memperjuangkan isu itu. Contohnya, perhimpunan BERSIH yang mahu menuntut keadilan dalam pilihan raya, tetapi tindakan penunjuk perasaan yang berkelakuan ganas menyebabkan ia mencacatkan perjuangan. Kerana itulah saya tidak menyokong BERSIH kerana penganjurnya tidak membendung kelakuan ganas pengikutnya atau mungkin sengaja mahu membuat huru-hara?

Kembali semula kepada tindakan umat Islam dalam membantah filem ini. Ada kalangan umat Islam terutamanya di luar negara begitu ekstrem dalam membantah. Ada yang terus membunuh duta mereka (orang kafir) sedangkan perkara ini ditegah oleh agama kita.

Ada juga yang menggunakan kata-kata yang kesat dan mencarut bagi meluahkan ketidakpuashatian mereka seperti “FUCK YAHUDI” dan sebagainya.

Saya pernah mendengar sebuah kisah Nabi dari Habib Ali Zainal Abidin yang boleh kita ambil pengajaran dan bertepatan dengan bantahan terhadap filem ini.

KISAH YAHUDI YANG MENGHINA NABI KERANA LUPA MEMBAYAR HUTANG

Pernah diceritakan datang seorang Yahudi berjumpa dan memaki baginda kerana tidak membayar hutang yang Rasulullah pinjam daripada Yahudi tersebut.

Saidina Umar yang tercabar dengan penghinaan ke atas Nabi terus mengertak Si Yahudi yang menghina itu.

“Kalau tidak kerana perjanjian damai di antara kami dan kamu bangsa Yahudi, Aku akan potong lidah kamu kerana memaki kepada Rasulullah!”, kata Saidina Umar Al-Khattab yang ingin membela kepada Rasulullah kerana makian itu.

Nabi terus menegur Saidina Umar, “Sepatutnya kamu perlu ingatkan aku untuk membayar hutang kepada Yahudi ini lebih awal. Dan kamu juga perlu mengingatkannya untuk menuntut hutangnya daripadaku dengan cara yang baik. Bukan dengan cara memaki”.

Bukankah tindakan Saidina Umar mengertak Yahudi itu adalah kerana mahu membela Nabi? Tetapi mengapa Nabi menegur Saidina Umar agar menegur dengan cara yang baik dan berhemah?

Andai Nabi Muhammad ada bersama dengan kita. Pasti baginda akan menegur cara umatnya menuntut hak dan pembelaan ke atas dirinya. Nabi mengajar akhlak dengan begitu cantik dan berhemah, cuma kita yang masih belum dapat mempraktikkan sepenuhnya dalam kehidupan kita.

KESATUAN UMAT DAN PERANAN KITA UNTUK KENALKAN NABI KEPADA BUKAN ISLAM

Saya sangat gembira apabila melihat umat Islam di Malaysia bersatu untuk membuat bantahan terhadap filem ini. Kita dapat lihat pemuda UMNO dan PAS senada dalam isu ini.

Kredit : Utusan Malaysia

Mari kita jadikan isu-isu berkaitan agama sebagai satu bentuk perpaduan dan kerjasama bagi memberi keharmonian terhadap umat Islam Melayu di Malaysia. Semua orang tahu jika orang Melayu bersatu, pastinya Islam di Malaysia akan bertambah kuat dan menggetarkan musuh Islam yang cuba memecahbelahkan masyarakat kita.

Kita sebagai Islam pun adakalanya belum penuh mengenali peribadi Rasulullah, inikan pula orang Bukan Islam yang langsung tidak pernah mendengar tentang Baginda.

Inilah tugas kita sebagai orang Islam untuk menunjukkan keperibadian Rasulullah dalam diri mengikut kemampuan diri kita. Sebagai orang awam, kita boleh mempraktikkan akhlak Nabi dengan memulaknnya dalam aktiviti harian kita seperti adab masuk ke tandas, adab makan, adab naik kenderaan, menjaga kebersihan sehinggalah adab sebelum tidur dan bangun semula daripada tidur.

Jika kita umat Islam dapat bersatu dan membawa akhlak Rasulullah dalam kehidupan kita, tidak mustahil Penerbit filem “Innouncence Of Muslims” daripada MENGHINA Nabi berubah kepada MENJUNJUNG Nabi kita, Nabi Muhammad Shollallahu A’laihi Wasallam sebagai pemimpin yang agung!

Saya secara peribadi menentang keras terhadap penghinaan ini, penghinaan kepada Nabi tidak patut berlaku. Tetapi, pasti ada ‘kekurangan’ daripada orang Islam sehingga perkara ini boleh timbul di dalam masyarakat dunia.

Bukankah Nabi diutuskan sebagai rahmat untuk sekalian alam dan akhlak Nabi adalah Al-Quran? Tidak mustahil penghinaan ini akan muncul lagi selagi mana umat Islam tidak cuba untuk berakhlak seperti akhlak Al-Quran.

KE ARAH KHAIRUL UMMAH!!

Jamalie_Jam @ jamalrafaie.com
45700 Bukit Rotan, 24 September 2012.

Related Post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *