Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar mengumumkan penubuhan Mock Casino bagi melatih pasukan Polis Khas dalam kes perjudian. Dalam satu segi, usaha ini boleh diterima kerana hendak menangkap penjenayah kelas tinggi bukannya mudah. Bagi menangkap mereka, polis perlu mewujudkan satu pasukan ‘undercover’ yang menyamar sebagai anggota kumpulan penjenayah itu.
Nak jadi anggota kumpulan penjenayah bukan mudah, mereka amat licik dan perlu ada ‘orang dalam’ yang memberi maklumat kepada Polis. Ada yang sanggup memotong jari kelingking mereka bagi membuktikan kesetiaan mereka kepada kumpulan. Maka, jari kelingkinglah yang menjadi korban, sehingga begitu sekali pengorbanan anggota Polis yang terlibat dalam pasukan undercover.
Tapi..
Strategi yang hebat itu bukan bermakna perlu diwar-warkan kepada umum. Cuba fikirkan, setiap hari pihak Polis mengumumkan strategi mereka kepada umum, pastinya tauke-tauke besar penjenayah sudah dapat menghidu tindak tanduk Polis. Penjenayah pun tengok Buletin Utama setiap hari!
Pengumuman Mock Casino ini kepada umum lebih membuka jalan kepada penjenayah agar lebih berhati-hati.
Strategi yang membunuh strategi.
Usah mengumumkan apa yang sepatutnya tidak perlu diwarkan-warkan kepada umum. Tidak semua yang menonton berita itu berfikir secara positif, lebih-lebih lagi bagi pihak yang benci akan PDRM. Oleh itu, berdiam diri adalah lebih baik dan umumlah sesuatu yang melegakan hati rakyat.
TINGKATKAN KREDIBILITI PDRM!!
Jamalie_Jam @ jamalrafaie.com
45700 Bukit Rotan, Selangor Darul Ehsan.
Assalamu’alaikum~
Kalau sudah salah satu strategi, mengapa diumumkan kepada satu Malaysia? Penjenayah sekarang majoriti bijak-bijak belaka hendak bermain strategi dengan PDRM.
Hmm. Mungkin juga disebalik pengumuman ini, terlindung juga strategi yang lain. Who knows?
Wallahu’alam.
=)
Mungkin ini salah satu cara untuk beri kelainan dalam pentadbiran baru PDRM kot.. Wallahua’lam..
Genting bila lagi? Kasi tutup la haha
beli kapal selam nak gtau.xbleh menyelam pun nak gtau.buat mock casino nak gtau..adoi..xpayahla..
senang orang jahat nak hidu tindakan polis…
btol tu..td tgk berita,terpikir gak..kompem2 tauke2 judi pun tgk juga..so da kantoi da strategi mereka..huhu..
atau pn,mungkin nak menampakkan,ketua polis negara yang baru ini ada inisiatif menambh baik jabatan polis..hehe
moga yg terbaik untuk meraka..
Saya lihat, kebebasan media kadang2 mendatangkan perpecahan.. Apa yang nak dilaporkan ada kalanya baik, tapi disalah ertikan oleh sesetengah pihak terutamanya soal politik, akhirnya masing2 bergaduh.. Walhal isunya tak da la besar pun.. Hemmmm..
Kan best Polis umum bila nak buat roadblock, senang nak lari.. hihi..
Yang kecik pun tak tutup lagi.. Hari2 ada laporan Polis serbu tempat judi, tapi ada sebut “mereka tidak serik menjalankan aktiviti haram ini setelah beberapa kali diserbu”.. Alahai.. Polis tangkap je, bukannya sita ke apa ke.. Hari ni kena tangkap, esok berniaga balik.. ^_^
Lupuskan jer lesen perjudian kerana susah sangat kekang masalah perjudian
salam..kalau x silap baca ..tuoke judi siap support RM110juta lagi tue..adoyai..
siap touke g pi support…
La.. Cam tu plak..
Boleh juga, tapi yang paling penting ialah penguatkuasaan.. Macam kes pelacuran, tak ada lesen dikeluarkan tapi bersepah-sepah ada di mana-mana..
Yang berlesen pun disalah gunakan inikan tak berlesen. Haramkan terus jerlah
Saya sokong!
tengok dalam berita kosmo
Ok.. Terima kasih.. Saya dah baca, Genting yang bagi..