DAGING ‘TERBEKU’ DI PETI SEJUK

Apabila terlihat kelibat lembu-lembu yang gemuk di tengah jalan raya, semestinya Raya Haji tidak berapa lama lagi.

Tidak ketinggalan juga terjadinya kesesakan lalu lintas yang menyesakkan pengguna jalan raya.

Persiapan menyambut Aidil Adha juga giat dijalankan, barang keperluan dibeli, saudara-mara pulang ke kampung. Lembu-lembu sudah ditambat menunggu masa untuk disebat! AJK Masjid pula sibuk memasang khemah untuk kunjungan Muslimin dan Muslimat menunaikan Solat Sunat Aidil Adha.

SUASANA DI PASAR

Di pasar pula, kelihatan peniaga beramai-ramai menjual daging. Daging lembu yang bergantungan dibeli oleh pembeli sehingga licin. Kadang-kadang saya terfikir, mengapa jualan daging meningkat pada Hari Raya Haji? Jika ianya dijual pada Hari Raya Puasa, memang patut jualan daging laris!

DAGING TERBEKU DI PETI SEJUK

Daging dibeli berkilo-kilo di pasar. Menjelang tengah hari di Hari Raya Haji, agihan daging korban ke rumah-rumah mula beroperasi. Setiap rumah paling kurang mendapat 1-2 kilo setiap rumah. Itu belum diambil kira apabila jiran-jiran yang memberi daging korban yang disembelih di rumah sendiri.

Akhirnya, berkilo-kilo daging korban di dalam peti sejuk yang berbulan tidak dimasak!

Ibadah Korban di Kemboja -Gambar Hiasan

.

Sejak kebelakangan ini, ramai di antara umat Islam di Malaysia yang menjalankan ibadat korban di negara miskin terutamanya di Kemboja. Ibadat korban di sana juga diniatkan untuk membantu umat Islam di Kemboja yang miskin yang kadang-kadang hanya makan daging setahun sekali (itupun kalau ada lembu korban).

Saya berpendapat, menjalankan ibadat korban di negara miskin amat bermakna dan dapat membantu saudara-saudara Islam di sana. Tetapi bukan bermakna ibadat korban di Malaysia tidak baik ya, di Malaysia juga masih ramai yang patut dibantu.

Selamat Hari Raya Aidli Adha kepada semua. Selamat menjalani ibadat korban dan menghayati pengorbanan yang dikisahkan dari kisah Nabi Ibrahim dan Ismail. Sama-sama kita berkorban!

SELAMAT HARI RAYA AIDIL ADHA!

Blogger Templates

Jamalie_Jam @ jamalrafaie.com
45700 Bukit Rotan, Selangor Darul Ehsan.


Related Post

12 Replies to “DAGING ‘TERBEKU’ DI PETI SEJUK”

  1. Teringat CEO Halagel cakap “Kalau tulang hasill dari sembelih korban dikumpulkan boleh buat gelatin halal”. Kita doa sama2 supaya negara kita menjadi pengeluar terbesar gelatin halal DI DUNIA. Amin.

  2. Mungkin selepas ini HALAGEL perlu buat promosi masjid2 supply tulang2 korban untuk buat gelatin.. Tapi ditakuti tulang2 dah x de, orang kampung dah amik buat sup tulang!

  3. Salam pekenalan. Melihat lembu besar teringat surat khabar tempatan mengenai seekor lembu sebesar itu di kurban di Malaysia tapi tak ingat di daerah mana

  4. Lembu yang besar tak apa, janji jangan mengamuk nanti semua nak disodoknya.. Surat khabar mana ya? Saya tak baca paper dua 3 hari ni.. ^_^

    NOTA : Saya akan masukkan link blog akubimed dalam excharge saya ya.. ^_^

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *