Gambar : Blog Si Kacak
.
Lebuhraya PLUS menghala ke Kuala Lumpur sesak!
Kesesakan yang luar biasa berlaku bermula dari Tol Juru di Pulau Pinang lagi. Tidak hairanlah berlaku kesesakan kerana disebabkan ramai pengguna lebuhraya yang mahu pulang ke Kuala Lumpur selepas bercuti sempena Krismas.
Namun, terdapat hal yang lebih menarik yang dapat dilihat di Lebuh Raya itu. Terdapat banyak bendera Malaysia yang berkibar di sana-sini!
“Tak sangka pulak ramai yang berpatriotik hari ni. Bulan merdeka tak de pulak pasang bendera!”, saya terdetik di dalam hati.
Tiba-tiba..
“Eh! Malam ni final Malaysia lawan Indon kat Bukit Jalil la. Patutlah ramai yang pasang bendera Malaysia, nak pergi stadium la tu”, misteri pemasangan bendera yang banyak telah terjawab tanpa diduga.
Soal pemasangan bendera itu, satu pendapat dari saya, buat kempen Patriotik semasa musim bola melanda. Insya-Allah semua orang akan cintakan negara!
(BENDERA, bukan persoalan dalam entri ini)
GELAGAT PARA PENYOKONG
Setahun yang lalu, saya pernah menulis tentang gelagat penyokong semasa perlawanan sedang berlangsung dalam entri Minit Ke-17. Hakikatnya, perangai itu masih belum berubah dan amat sukar untuk dihapuskan.
Tidak terlepas juga dalam perlawanan final pertama di antara Malaysia dan Indonesia. Kesian Si Markus yang disuluh cahaya laser yang menyilaukan matanya sehinggakan perlawanan ditangguhkan selama 5 minit.
Semangat untuk menyokong pasukan Malaysia memang patut dipuji, tetapi tidak perlu men’sabotaj’ pemain Indonesia dengan menyuluh laser ke arah mereka.
Ada juga laporan yang mengatakan penyokong Indonesia yang menyuluh laser ke pemain Malaysia sewaktu perlawanan di peringkat kumpulan, tetapi ianya tidak perlu dibalas dan tidak perlu kita ikut perangai yang buruk itu.
MALAYSIA : JANGAN SAMPAI DIBOMOH OLEH ‘BOMOH’
Di Indonesia pula, sedang hangat diperkatakan tentang insiden rusuhan penyokong yang mahu membeli tiket perlawanan akhir di tempat mereka. Penyokong yang mahu membeli tiket melebihi jumlah tempat duduk di dalam stadium. Akhirnya merusuhlah bila tak dapat beli.
Salah satu ura-ura yang didengar ialah takut-talut pemain Malaysia akan dibomoh di sana. Passing tak betul, sepak tak kena, penjaga gol pula tak nampak bola! Pasti gawat pasukan kita nanti kalau-kalau ada yang ‘menggangu’.
Jika yang diganggu itu bomoh biasa tidaklah pelik, tetapi yang menjadi kekuatiran di sini ialah dengan kehadiran bomoh moden yang merancang untuk mengganggu konsentrasi pemain Malaysia.
‘Bomoh’ itu adalah Julia Perez..
.
Julia Perez
.
Beliau dilaporkan berikrar untuk mengganggu tumpuan pemain Malaysia ketika beraksi di sana.
Julia Perez dilaporkan juga berasa kesal dengan insiden pancaran laser oleh penyokong Malaysia dan berhasrat mahu mengenakan pakaian seksi menampakkan dada bagi mengalih perhatian anak didik K.Rajagopal!
Beliau ditanya adakah beliau serius dengan hasratnya itu dan beliau menjawab,
“Ya. Saya serius. Biar semua pemain bola sepak Malaysia buta. Saya akan pakai baju belahan dada supaya mereka buta. Ini adalah laser ciptaan saya,” katanya lagi.
NOTA : Dengan laporan tadi, maka janganlah pemain Malaysia cuba-cuba mencari Julia Perez pula ya!
MAJULAH SUKAN UNTUK NEGARA!!
Jamalie_Jam @ jamalrafaie.com
45700 Bukit Rotan, Selangor Darul Ehsan.
Akhi…yang berperangai tak senonoh di stadium baik yang memancar laser mahupun bermulut laser khususnya di alam maya ini,semuanya beriman dengan patriotisme buta
Benar.. Cintakan negara bukan memburukkan negara lain.. Perangai yang buruk jangan diikut, kalau ikut samalah kita dengan orang yang kutuk tu.. ^_^
eeeeei bangangnye minah ni. jual badan.
Harap2 hasratnya tak menjadi..
malaysia menang yeay!
gara-gara bola manusia jadi lalai.yang pergi solat di masjid, lepas beri salam terus memperkatakan tentang bola.yang tak bersolat apatah lagi.
kegilaan yang melampau.ini semua muslihat syaitan. nauzubillah…
Aku sempat tengok kat Jeli.. Singgah minum2 kat tepi jalan sambil tengok bola.. Mantap Malaysia main..! Hehe..
Setuju!! Ada yang boleh duduk kedai mamak sampai subuh sebab tengok bola.. Walhal kedai mamak tu sebelah masjid je.. Bila azan Subuh berkumandang, boleh plak diorang cakap, “Ok.. Dah azan Subuh, maknanya kena balik tido la ni.. Dah lewat sangat dah ni..” Haiyaa.. Apalah nak jadi.. Nauzubillah..