BOLEHKAH ARTIKEL SAYA DIKONGSI?

.

Saya bukanlah seorang penulis yang popular. Apatah lagi hasil penulisan saya hanya biasa-biasa sahaja.

Namun, saya ada menjumpai beberapa blog yang memaparkan artikel seakan-akan artikel yang saya tulis sendiri. Pada mulanya saya tak berapa perasan, tetapi bila beberapa kali membacanya bagaikan terasa “macam ku kenal, tapi di mana ya?”.

Setelah melakukan double checking bagi memastikan sama ada artikel itu dan artikel saya sama atau berbeza. Ternyata adalah sama!

Apa yang lebih memeranjatkan lagi, penulis seolah-olah menyatakan bahawa artikel itu ditulis sendiri oleh beliau. Akhirnya, saya agak terkilan dengan artikel ‘saya’ sendiri.

BOLEHKAH BERKONGSI ARTIKEL DI BLOG INI?

Jika para pembaca sekalian merasakan ada nilai yang boleh dikongsikan kepada orang lain melalui artikel saya, saya dengan berbesar hati MEMBENARKAN artikel itu dikongsikan kepada pembaca yang lain.

Namun, saya harap jika mahu dipaparkan ke dalam blog masing-masing, ada beberapa adab yang perlu dipatuhi oleh blogger agar tidak mengguris hati penulis yang asal.

  • Letakkan nama Penulis dan link blognya. Contoh : (Penulis : Jamal Rafaie (https://jamalrafaie.com)
  • JANGAN tukar ganti nama diri seolah-olah artikel itu ditulis sendiri.
  • Jika ada manfaat dalam artikel, boleh ambil point sahaja tapi tulis ayat sendiri (kalau tak nak tulis nama penulis asal)

Adab memberi kredit kepada penulis asal perlu diamalkan dalam dunia blogging. Bukannya mahu bermegah-megah, tetapi perlu memberi penghormatan kepada blogger asal di atas hasil karyanya.

Kebanyakkan artikel yang diambil dari blog saya adalah berkenaan tentang perkembangan UNIC. Saya berasa terpanggil untuk berkongsi kepada pembaca tentang perkembangan UNIC kerana saya agak rapat dengan mereka. Niat saya hanya mahu berkongsi dan semua pembaca berhak untuk menyebarkan kepada orang lain.

Berilah sedikit penghormatan kepada blogger yang lain. Maafkan saya jika terlalu mengada-ngada tentang hal ini. Mohon ampun.

Semoga apa yang dikongsi di dalam blog ini memberi manfaat kepada rakan-rakan sekalian.

NOTA : Saya teringat dengan entri Khai dalam blognya Justkhai.com. Entri tentang artikelnya yang diambil oleh blogger lain. Boleh baca di sini untuk tahu tentang kisahnya. Saya memaafkan apa yang berlaku.

HAK CIPTA TERPELIHARA?

Blogger Templates

Jamalie_Jam @ jamalrafaie.com
45700 Bukit Rotan, Selangor Darul Ehsan.


Related Post

8 Replies to “BOLEHKAH ARTIKEL SAYA DIKONGSI?”

  1. Thanks for the linback! Ya amalan plagiat ni memang takkan sampai kesudah.. Semua tu kerja blogger2 yang baru nak kenal apa itu blog then buat blog semata2 sebab nak cari duit.. langsung xde rasa tanggungjawab pada diri sendiri..

    Semoga semua gejala tak sihat ni akan sampai ke penghujungnya.

  2. Salam Jamal,
    Jika sudah diambil artikelnya, kira penulis popular lah tu… hehehe. Ok… saya setuju sangat dengan Jamal. Itu adab namanya, jika kita masuk ke rumah orang, inginkan sesuatu dari rumah tersebut, minta izinlah dari tuan rumahnya atau, sekurang-kurangnya kredit diberikan kepada si tuan punya artikel itu.

  3. Saya sokong kembali, kredit tidak perlu detail.. Kalau copy je tak pe lagi, yang jadi geram tu ubah nama dalam artikel seolah-olah dia yang tulis sendiri.. Ermmm..

  4. Tq Khai sebab sudi berkongsi dengan pembaca dan blogger baru seperti saya dalam dunia blogging.. Saya masih ingat artikel yang Khai tulis tu walaupun dah lama publish.. Moga Allah merahmati di atas usaha menyampaikan ilmu.. Insya-Allah… Amin..

  5. Saya tak popular pun.. hehe.. mungkin sumber maklumat kepada peminat2 UNIC rasanya sebab saya banyak menulis pasal group nasyid itu.. Tapi yang geramnya diorang post artikel kat blog mereka seolah-olah mereka sendiri yang tulis artikel tu..

    Contoh ayat pemplagiat: “Pada hari ni saya nak menulis..” “Sekian dulu artikel saya untuk hari ni, penat menulis ni.. Huhu..”

    Setiap perkara ada adabnya, kebanyakkan blogger yang buat benda ni adalah blogger yang nak cepat popular. Ambil karya orang lain, tapi claim karya sendiri.. Dah dikira cetak rompak la tu.. hehe..

    Tapi secara peribadi, saya dah maafkan semua itu.. Moga menjadi pengajaran pada yang lain..

  6. setuju jika dikongsikan sesuatu yang bermanafaat itu untuk membantu menambah maklumat… umi pun ada satu blog yang copy sepenuh artikel asal… bergantung kepada tajuk. Akan tetapi sebelum artikel tu umi kongsi umi akan tulis dipetik daripada: ……… dan nama penulis asal tidak dipadamkan… semoga jika pembaca ingin maklumat lanjut maka mereka boleh link ke blog penulis asal.. kerana kita semua blogger seharusnya maklum betapa untuk menulis memerlukan masa dan kesediaan minda n emosi yang stabil… dan kita tak berhak untuk ‘mencuri’ idea orang lain sewenang-wenangnya…
    Jadi kepada sesiapa yang ‘mencuri’ artikel oranglain… kembalikanlah kepada haknya….kan!!!

  7. Nabi kata sebarkan daripadanya walaupun 1 ayat, kita kena rebut sunnah Rasulullah ini.. Apa yang bermanfaat, perlu disebar-sebarkan.. Tapi, semua orang ada hak, kena hormati.. ^_^

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *