Di kesempatan ini saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada Kak Gee daripada Sinar Harian yang sudi untuk menerbit dan membuat liputan tentang blog saya.
Blog ini tidaklah sepopular blog-blog yang lain dan blog ini hanya menceritakan ‘suara’ saya dalam dunia maya. Ini adalah satu penghargaan buat saya daripada pihak media walaupun saya ini biasa sahaja.
Impian saya adalah menjadi blogger yang biasa tetapi luar biasa impaknya. Blog adalah satu medium yang membawa suara kita ke seluruh dunia. Tidak kira kita ini siapa pun, hatta seorang tukang kebun, suara kita dapat tetap dapat dibaca!
Dalam artikel itu, blog ini menceritakan tentang serba sedikit tentang keseluruhan blog yang saya sayangi ini. Terima kasih sekali lagi kepada Sinar Harian!
PERKONGSIAN SEBUAH KEHIDUPAN!
Jamalie_Jam @ jamalrafaie.com
45700 Bukit Rotan, 17 Mac 2013.
seronoknya.. dpt advertisement free =)
Tak ada la advertisement sangat. Cuma penghargaan saya rasa. 🙂