RECOMMENDED. Saya galakkan kepada anda untuk menonton forum perdana ini yang menampilkan Ustaz Badli Shah sebagai moderator, panelnya terdiri daripada Ustaz Kazim Elias, Ustazah Syarifah Hayati dan Ustaz Don Daniyal.
Isu yang diperbincangkan bersempena dengan “RAJA & ULAMA’, RAJA & RAKYAT, SEHATI SEJIWA, BERPISAH TIADA”. Banyak ilmu yang boleh kita perolehi dan sangat menghiburkan hati dalam menuntut ilmu. Selamat menonton.
mudah-mudahan ustaz Kazim Elias menarik balik niatnya nak berhenti berceramah pada nov th ni…kerana kita masih memerlukan sumbangan ustaz memberikan ceramah2 spt ini…ceramahnya santai, ada humor dan tak membosankan!…kita rasa kehilangan jika dia berhenti berdakwah dan berceramah …tolong ye ustaz!
Saya dengar beliau nak beruzlah daripada berceramah di luar Perak. Pengajian tetap diteruskan, program yg besar2 akan terus disertai. Cuma ceramah kecil-kecilan sudah tidak pergi bagi menumpukan pada sekolahnya. Tambahan pula dengan soal keselamatan beliau yang diugut bunuh dan sebagainya.