PERISTIWA DI HUJUNG 2010

KLCC dari Masjid Asy-Syakirin (31 Disember 2010)

.

Beberapa minit sebelum pukul 12.00 malam, ribuan manusia berkumpul di dataran.

5, 4, 3, 2, 1…

POMMM!!

Bunga api meletup memecah suasana di ruang udara KLCC. Pertunjukan bunga api berlangsung sekitar 10-15 minit memukau para penonton.

Saya ketika itu berada di Masjid Asy-Syakirin KLCC, menghadiri jemputan pihak masjid bagi menjayakan program ambang tahun baru di Masjid berkenaan.

DICOP SEBAGAI NASRANI

Menyambut tahun baru dengan hiburan yang melampau dan pergaulan bebas adalah kebiasaan masyarakat kota.

Memakai tanduk syaitan berlampu, pakaian menjolok mata, berpeleseran, berdua-duaan sudah menjadi trend menyambut tahun baru. Pendek kata, acara maksiat akan berlangsung selepas sambutan itu.

Maka tidak hairanlah apabila terdengar sahaja ada orang nak ke KLCC bagi menghadiri sambutan tahun baru, mereka akan dicop sebagai pengikut Nasrani!

Pengunjung sambutan Tahun Baru 2011 di Masjid Asy-Syakirin juga tidak terkecuali dicop sebagai Nasrani oleh individu yang tidak mengerti hal yang sebenar.

Jangan terus menghukum tanpa usul periksa!

PESTA DAKWAH LAWAN PESTA DAKYAH

Ramai yang tidak mengetahui program yang diadakan di Masjid Asy-Syakirin adalah satu program yang hebat dan berani!

Perhimpunan pemuda dan pemudi Islam dari seluruh negara telah menjadi saksi kehebatan program ini.

Siapakah yang banyak berkata-kata tentang masalah sosial dan berapa ramaikah yang sanggup turun padang mencegah perkara mungkar?

.

Membaca doa sebelum ‘berpesta’ dakwah

.

Mereka (pemuda-pemudi Islam) ini sanggup berkorban masa dan keringat bagi menjayakan PESTA DAKWAH yang membawa Amal Makruf Nahi Munkar. Mencegah maksiat di sekitar KLCC satu tindakan yang hebat!

Pergerakan persis jemaah Tabligh ketika Ghast (ziarah) ini mendekati muda-mudi yang berpeleseran di sekitar KLCC. Akhirnya, KLCC menjadi lengang tidak berapa lama selepas itu. Walaupun kita tidak mengetahui kemanakah menghilangnya pengunjung KLCC, tetapi sekurang-kurangnya mereka telah berusaha menjadikan KLCC bebas maksiat pada malam itu. Masya-Allah.

Bukan sesuatu yang mudah untuk melawan dakyah orang Kafir yang berusaha menghasut orang Islam jauh dari agama. Moga dipermudahkan usaha pendakwah Islam.

.

Forum sambutan Ambang 2011 di Masjid Asy-Syakirin pada malam itu.

.

Aktiviti forum agama dan hiburan Islam harus diadakan bagi mengantikan hiburan dan pesta sambutan tahun baru yang sedia ada.

Aktiviti Islamik ini perlu bagi membendung masalah sosial yang terus membelenggu masyarakat. Program Islamik ini juga memberi alternatif kepada masyarakat tentang bagaimana mahu memulakan tahun baru dengan sebaiknya.

Pendek kata, masyarakat perlu disirami dengan nilai iman dan Islam bagi menempuh hari yang mendatang.

.

KLCC di malam tahun baru 2011 – Moga Malaysia disinari cahaya Rabbani

.

Semoga tahun 2011 ini memberi kebaikan, hidayah dan iman kepada semua lapisan masyarakat termasuk pemimpin-pemimpin kita akan terus memacu kemajuan negara dengan sebaiknya (iman dan taqwa).

Tahun Baru memberi peluang kepada kita untuk terus maju. Maju ada banyak cara, ada yang memberi pahala dan ada yang memberi dosa. Pilihlah yang mana satu idaman qalbu!

NOTA : Agak terlewat menulis entri tahun baru. Apa azam anda untuk tahun baru ini?

SELAMAT TAHUN BARU 2011!!

Blogger Templates

Jamalie_Jam @ jamalrafaie.com
45700 Bukit Rotan, Selangor Darul Ehsan.


Related Post

2 Replies to “PERISTIWA DI HUJUNG 2010”

  1. Owh.. Ada jugak ye ‘pesta dakwah’..he3. Jai lepak kat Uptown Shah Alam je, ngat malas nak kluar, member dah ajak, menolak karang kata sombong pulak..
    Azam tahun baru, kawin.. Tamatkan zaman bujang..hu3 (itupun lau ada jodoh)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *