Artis Malaysia Tersisih Di Luar Negara?

Saya pernah mendengar temubual di Suria FM, Halim Othman dengan Linda Onn tanya kumpulan Republik yang popular dengan lagu Sandiwara Cinta ;

“Apa pendapat kamu tentang pendapat yang mengatakan artis Indonesia mudah sahaja dapat pasaran di Malaysia, tetapi artis Malaysia sangat susah nak masuk pasaran Indonesia?”.

Jawapan mereka ; “Indonesia tak tutup ruang artis Malaysia untuk ke Indonesia.”

Saya ada pengalaman juga. Di Indonesia tak tutup pun pintu artis-artis kita nak ke sana. Cuma kurang sikit artis kita untuk dapat bayaran daripada orang sana. Mereka alu-alukan kedatangan kita, tapi kemungkinan besar secara gratis (percuma), boleh datang tapi kos tanggung sendiri.

Untuk pertama kali memanggung kos sendiri mungkin agak praktikal untuk tujuan mendapat pasaran. Tetapi apabila sudah dua tiga kali keluar duit sendiri untuk buat show bagi organiser yang sama, itu tidak praktikal dan bukan untuk pemasaran lagi tu.

Siapa yang mahu habiskan duit berkali-kali semata-mata untuk buat show sendiri di negara orang?

Dalam konteks industri nasyid juga begitu. Kita dapat lihat penyanyi nasyid Indonesia seperi Opick dan Habib Al Seggaf selalu datang ke Malaysia. Hal ini kerana di Malaysia ada penaja yang boleh membayar mereka untuk datang ke sini. Di Indonesia, agak kurang organiser Indonesia dapat membayar artis kita untuk ke sana. Bukan tak ada, tetapi agak kurang dengar artis kita ke negara sana.

Adakah kerana lagu kita tak sedap? Tidak juga, lagu Atas Nama Cinta hampir dihafal oleh semua peminat UNIC di Indonesia. Mereka menyanyi beramai-ramai semasa konsert di Bandung.

Mungkin juga kerana semangat patriotik dan kenegaraan. Kita di Malaysia, mentaliti kita tidak begitu menghalang unsur luar untuk masuk ke negara kita. Kita boleh menerima kepelbagaian budaya. Lantas, kita mudah menerima muzik luar.

Kalau Maher Zain tak dibayar untuk ke Malaysia, mungkin kita akan dapat lihat Maher Zain beraksi sekali sahaja di Malaysia.

Show adalah pendapatan untuk artis. Bukan sekadar populariti dan seni.

Jamalie_Jam @ jamalrafaie.com
45700 Bukit Rotan, 29 November 2013.

Related Post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *