Kerajaan Negeri Selangor terkenal dengan sifat kedekut Menteri Besarnya. Tetapi apabila Ketua PRBBC (Azmin Ali) dan rakan-rakan mendesak Menteri Besar, akhirnya rezab negeri yang berbililion itu akhirnya digunakan. Tak pastilah tahun depan boleh bangga rezab negeri banyak lagi ke tak.
Kerajaan Negeri Selangor kalau kita perhatikan banyak buat Billboard, ceramah dan program-program yang bersifat populis.
Contohnya Jom Shopping RM100, Hadiah Anak Masuk Universiti, Air Percuma 20 meter padu, Tabung Warisan Anak Selangor (TAWAS) dan banyak lagi yang digunakan sebagai retorik slogan (Kami Menjaga Anda Sehingga Ke Akhir Hayat). Kata-kata ini memenuhi Billboard di seluruh negeri Selangor.
Kalau rakyat yang biasa tengok, “Oh! Bestnyerrr. Pakatan Harapan Rakyat”.
Memang benar mereka menjalankan program-program yang disebutkan tadi. Tetapi sejauh mana program tersebut dinikmati oleh rakyat negeri Selangor secara keseluruhannya? Tercapaikah slogan “Hasil Negeri Untuk Rakyat” dan “Merakyatkan Ekonomi Negeri Selangor”?
Nak tanya, berapa ramai anak Selangor yang masuk Universiti menerima hadiah masuk Universiti? Berapa ramai orang dapat baucer Jom Shopping? Berapa ramai anak Selangor dapat TAWAS? Dan semua rumah dapat Air Percuma?
Jika RM10 peruntukan dikeluarkan, hanya RM4 sahaja yang sampai kepada rakyat Selangor, RM6 lagi pergi mana? Pastinya pergi ke Billboard, Banner dan publisiti. Mereka pakar bab-bab cari publisiti, political mileage harus diutamakan katanya.
Kalau nak bagi satu-satu program kerajaan negeri, perlu diberi kepada semua rakyat Selangor yang layak. Lihat BR1M, anda pembangkang atau penyokong kerajaan siapa yang layak, akan terima. Bukannya ada sistem kouta, 100 orang pertama sahaja, kenapa tak bagi semua yang layak?
Pada penggal ini kuat berbunyi kerajaan negeri nak naikkan gaji kakitangan awam Selangor, tetapi akhirnya gaji Ahli Dewan, Speaker, Exco dan MB yang naik. Janganlah marah sangat, bukankah Adun juga adalah rakyat? Bukankah mereka juga kakitangan kerajaan Negeri? Itulah namanya HASIL NEGERI UNTUK RAKYAT.
Takkan nak tengok sahaja duit berkepul dalam bank, inilah masanya nak habiskan. Penggal depan belum tentu dapat kuasa lagi. Tak gitu? Selangor negeri kaya, apa ada hal?
Jamalie_Jam @ jamalrafaie.com
45700 Bukit Rotan, 29 November 2013.