Malam tadi saya berbual dengan Tok Zakaria Jamhari, beliau adalah orang lama di Kuala Selangor dalam politik dan seorang bekas guru dengan pernah bergaji RM80/bulan pada zamannya.
Baru-baru ini PKR melancarkan program PKR Internship yang dikatakan oleh sesetengah orang bahawa UMNO tidak pernah berusaha untuk membantu pendidikan untuk orang muda.
1. Sebenarnya, UMNO dah lama perjuangankan program-program pendidikan, dengan terbinanya UiTM dan universiti-universiti yang ada sekarang, itu adalah buktinya orang Umno berjuang untuk kemajuan anak bangsanya. Dan ribuan orang anak bangsa telah mendapat faedah daripada usaha orang-orang lama. Tok Zakaria berjuang bersama rakan-rakan sehingga tertubuhnya Yayasan Selangor yang menempatkan anak bangsa daripada luar bandar bagi mendapatkan pelajaran yang baik.
2. Dakwaan UMNO kroni adalah tidak tepat, kerana kita hanya berkata sedemikian jika kita tidak dapat benda itu. Dan mengapa kita juga tak kata program Internship PKR hanya untuk kroni PKR sahaja? Adakah saya seorang ahli UMNO, dan PKR tahu bahawa saya seorang pejuang Umno akan diberi tempat dalam program Internship PKR ini? Dan program ini sah-sah untuk PKR dan bukannya untuk rakyat secara khususnya.
3. Umno adalah kerajaan, maka kebanyakkan insentif dan gerak kerja untuk rakyat digunakan atas nama agensi kerajaan. Dan PKR juga adalah sebuah kerajaan bagi negeri Selangor, sepatutnya mereka menggunakan dana kerajaan untuk membantu rakyat Selangor yang kita ketahui Unisel sedang mencatatkan kerugian jutaan ringgit dari tahun ke tahun. Mengapa mereka guna nama parti? Dan dari mana duit itu mereka dapat? Siapakah yg memberinya? PKR tiada Tin Milo seperti mana yang Pas lakukan.
4. Saya suka mendengar kisah-kisah perjuangan orang lama. Kerana jika kita tidak tahu tentang sejarah, kita tak akan sedar bahawa orang terdahulu bersusah payah untuk kita. Kerana tidak tahu itulah, kita anggap Umno tak berbuat apa-apa seperti mana yang kononnya ditunjukkan oleh PKR.
5. Dalam Umno ramai orang yang berkaliber, tetapi jika kita TIDAK MENJUMPAINYA.. Maka kita kena jadi SALAH SEORANG yang berkaliber itu.
6. Saya berjuang dalam UMNO bukan kerana tidak tahu tentang masalahnya, barahnya. Tetapi kerana niat asal penubuhannya itu saya terus berjuang walaupun orang tak memilih saya untuk satu-satu jawatan dalam parti. PKR pula ditubuhkan hanya kerana untuk Anwar Ibrahim berbanding penubuhan UMNO dengan penuh air mata perjuangan yang tulus. Barah itu disebabkan manusia bukan disebabkan parti.
7. Zaman sekarang masuk zaman Politik Akademi Fantasia vs Politik Bintang RTM. Yang mana ketika ini (pemimpin) dipilih melalui kekacakannya semata, hebat pidatonya, hebat tawarannya. Namun ia tidak kekal lama seperti mana pemimpin-pemimpin “bintang RTM” yang benar-benar mempunyai bakat dalam kepimpinan.
8. Bagi rakan-rakan yang merajuk dengan UMNO hanya kerana birokrasi yang ada dalamnya. Maafkanlah mereka, dan pindahlah ke cawangan UMNO yang lain yg lebih memerlukan kita.
9. Kita perlu menjadi pemimpin, walaupun hanya kepada pemimpin kepada diri kita sendiri.
Jamalie_Jam @ jamalrafaie.com
45700 Bukit Rotan, 3 Jun 2014.