MAT LELA MEMANG GILA!

wpid-novel-mat-lela-gila.jpg.jpeg

Ada seorang lelaki bernama Mat Lela yang tinggal di sebuah kampung. Orang panggil dia Mat Lela Gila.

Mengapa tidak dipanggil gila jika dibiarkan rambutnya panjang dan kusut tetapi janggut dan misainya dicukur rapi?

Mat Lela juga ada hobi yang pelik, iaitu gemar mengukir bentuk kemaluan lelaki daripada kayu dan memberikannya kepada anak-anak kecil di kampung sebagai permainan. Pelik bukan?

Rumahnya pun ibarat gila, dibuatnya rumah tiada pintu dan tiada tingkap. Bagaimana Mat Lela masuk ke rumahnya? Hanya dengan membuat sebuah lubang di lantai rumah dan masuk melalui lubang itu.

Setiap minggu dia juga akan membersihkan masjid di kampungnya, memotong rumput yang tumbuh dan membakar sampah sarap. NAMUN begitu, Mat Lela tidak pernah menjejakkan kakinya ke dalam masjid itu dan tidak bersolat!

Satu lagi hal yang pelik, Mat Lela tidak suka dengan duit kertas. Jika ada dia akan menukarkannya dengan duit logam atau duit syiling. Budak-budak suka menipu dengan menukarkan not RM1 dengan syiling 1 sen, tetapi Mat Lela sangat suka! Adakalanya duit kertas itu dikoyaknya dan selalu juga ia melukis sendiri duit not di atas upih pinang.

Mat Lela ada pondok di tepi tasik, tasik itu di dalam hutan. Yang peliknya, Mat Lela gemar membuat batu bata daripada tanah liat di tasik itu. Tujuan dibuat batu bata, tidak diketahui.

Kerana itulah orang kampung kata, MAT LELA MEMANG GILA!!

——————————————–
Suatu hari, Mat Lela terkejut apabila seorang bayi ditinggalkan di dalam rumahnya! Tidak ketahuan siapakah ayah dan siapakah ibu kepada bayi itu.

Mengikut surat yang ditinggalkan bersama anak yang masih merah itu, diwasiatkan bayi itu diberi nama BULAT.

Pelik juga Mat Lela ; “Mengapa ibu Bulat meninggalkan bayinya dekat orang gila seperti aku? Sudah gilakah?”.

Dipeliharalah Bulat oleh Mat Lela dengan penuh kasih sayang. Ketika Bulat sedang tidur, Mat Lela membisikkan sesuatu kepada Bulat; “Tidurlah sepuasnya wahai anak, kerana apabila kamu besar nanti zamanmu tidak memastikan kamu tidur dengan nyenyak. Manusia semakin hari semakin tidak suka tidur, selalu berkata hal yang mereka sendiri tidak tahu. Berbunuhan, berdengki sesama sendiri dan kebosanan kerana dunia”.

“Janganlah menangis anakku, kerana jika kau menangis pasti orang kampung akan tahu kau dipelihara olehku, pasti mereka akan bertanya ; siapa dirimu? Adakah aku mencurimu? Pasti manusia ini akan menuduhku bersemenda dengan ibumu. Jangan menangis ya”.

BULAT adalah anak kecil yang TIDAK PERNAH MENANGIS.

Seolah-olah tahu tentang kata-kata ayah angkatnya, Mat Lela yang gila.

——————————————–
Mat Lela berbisik lagi..

“Terima kasih kau hadir kepadaku, aku begitu sunyi. Orang ramai di luar sana begitu mengasingkan diri daripadaku, dikatanya apa yang ku lakukan semuanya sia-sia, tetapi bagiku semuanya ada faedahnya..”

Sambil berkata-kata kepada Bulat ; “Orang mengatakan aku gila kerana aku mengemaskan masjid tetapi tidak pernah sembahyang di dalamnya. Manakan aku perlu sembahyang jika aku ini gila? Kerana orang yang gila tidak wajib sembahyang. Mereka yang waras tidak pula membersihkan rumah Allah, tetapi aku sangat cinta dengan penciptaku, lalu aku membersihkan rumah-Nya”.

“Adapun aku sering membuat batu-bata dengan tanah liat di hutan ini adalah kerana aku mahu membina sebuah masjid yang baru untuk menggantikan masjid yang sedia ada. Orang kampung yang waras tidak berfikir untuk membina semula masjid yang sudah reput itu.”

“Aku mengukir kemaluan lelaki dan memberikan kepada anak-anak kecil supaya mereka tidak kekok dengan kehidupan masa depan. Apabila besar nanti nafsu akan menyelubungi kehidupan dan ramai yang tewas kerana nafsu.”

Banyak lagi pengajaran dalam novel ini. Walaupun sudah lama ditulis, ia tetap relevan sehingga sekarang.

JAMAL RAFAIE

Related Post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *