𝐁𝐄𝐑𝐄𝐇𝐀𝐓𝐋𝐀𝐇 𝐓𝐔𝐍

  1. Selalunya, apabila lalu di wall saya berkenaan tentang Tun M atau ulasannya tentang politik, saya hanya komen β€œBerehatlah Tun..”
  2. Ada netizen salah faham, yang saya komen seperti itu seolah-olah mendoakan agar Tun M cepat mati. Oh! Cerita tentang mati ni, itu urusan Allah SWT. Tak kira umur, orang muda pun mati, bayi dalam perut pun boleh mati jika Allah mentakdirkannya.
  3. Sejarah membuktikan Tun M telah β€˜mengacau’ politik sejak dari pentadbiran Perdana Menteri Pertama lagi, Tunku Abdul Rahman yang didesak untuk meletakkan jawatan. PM-PM yang seterusnya (kecuali dirinya sendiri) sampailah PMX sekarang, telah dikacau oleh Tun M. Hanya Allahyarham Tun Razak sahaja yang tidak dikacau, mungkin kerana ditakdirkan Tun Razak meninggal dunia lebih awal.
  4. Saya tidak menafikan jasa-jasanya, kerana saya pun salah seorang pengkagum beliau dengan sejarah dulu saya adalah pengkomen tegar di page Saya Sayang Tun Dr. Mahathir (SSTDM), beratur panjang di Open House beliau di rumahnya dekat Palace Of The Golden Horses, membeli setiap buku dan membaca artikel yang ditulis oleh beliau.
  5. Saya juga setuju, ada yang diperkatakan itu adalah isu yang legit untuk menegur pemimpin sedia ada. Namun, saya percaya dengan konsep β€œSetiap Zaman Ada Orangnya, Setiap Orang Ada Zamannya.” Berilah β€˜orang zaman sekarang’ untuk mengulas dan menjadi penggerak politik di zaman sekarang.
  6. Malangnya, ada pihak β€˜orang zaman sekarang’ yang mempergunakan pengaruh insan berusia 100 tahun ini untuk mendapatkan laba politik. Pihak pembangkang tidak berkemampuan untuk menggerakkan sendiri langkah politik baharu. Lemah.
  7. Kita ni, selalu diingatkan bahawa mati ini bilaΒ² dan tidak kira umur. Dan kita juga diberitahu yang umur umat Akhir Zaman ni sekitar 60 ke 70 tahun, lebih daripada itu adalah bonus. Walaupun beliau nampak sihat, tapi kudrat orang berusia 100 tahun pasti tak akan sama dengan pemuda berusia 25 tahun.
  8. Tidak sayangkah anda pada beliau dengan mempergunakan beliau? Bawa beliau ke hulu ke hilir tanpa mempedulikan kudrat beliau yang tersisa? Bagaimana dengan kesihatannya? Memanglah beliau kata beliau tak kisah.
  9. Berehatlah Tun. Semoga berbahagia dan sihat selalu.

β€”-
Jamal Rafaie Jakiran
Kuala Terengganu

Related Post