DAP Rasis, PAS Bila Nak Sedar?

Orang Cina dah buktikan mereka mempunyai semangat kekitaan yang tinggi.

Buktinya, macam mana DAP boleh hilang 7000+ majoriti di Teluk Intan padahal baru setahun PRU13 berlalu hanya kerana calon DAP seorang Melayu?

Tetapi malangnya orang Melayu masih mahu bermusuhan dan berdendam disebabkan politik.

Umno menerima kaum Cina melalui MCA dan Gerakan atas sifat Barisan Nasional, kot mana pun, In Shaa Allah Umno adalah tonggak dalam BN dan orang bukan Islam & Melayu akur dengan kepimpinan Melayu.

Namun, dalam PR belum tentu. Walaupun semua kaum ada dalam PR tetapi sah dan terbukti bahawa DAP yang majoritinya Cina menguasai gabungan politik tersebut. Anwar Ibrahim seorang Melayu hanya boneka semata-mata mengisi kouta Melayu untuk memerintah.

Ini bahaya jika PR dapat berkuasa, saya khuatir kuasa Melayu dan Islam tidak dapat terbela kerana kekangan daripada DAP yang begitu kuat di dalam PR.

Kerana itulah, PAS dan UMNO perlu kembali menjalinkan hubungan baik agar kuasa Melayu dan Islam terus terbela.

Saya lihat ramai yang nak UMNO terkubur. Mengapa dan kenapa? Kerana mereka kadang kala ada yang merajuk dan memang nak memerintah negara. Juga kerana UMNO adalah tonggak kepada Barisan Nasional, jatuh UMNO maka jatuhlah BN.

Saya terus menyokong UMNO bukan kerana tidak tahu dengan masalah dalamannya. Tetapi kerana PRINSIP pejuangannya membela nasib Agama, Bangsa dan Negara.

UMNO ditubuhkan dengan air mata tulus orang dulu-dulu. Ramai yang kata UMNO teruk tapi tak ramai yang nak masuk parti ini untuk menyelamatkannya.

Dalam politik ini jangan bermusuhan kerana dendam, tetapi kerana prinsip. Bagi saya secara peribadi, saya tiada masalah dengan PAS, cuma mereka mungkin tersilap pilih ‘rakan politik’ dalam perjuangan.

Jamalie_Jam @ jamalrafaie.com
45700 Bukit Rotan, 5 Jun 2014.

Related Post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *