browser icon
You are using an insecure version of your web browser. Please update your browser!
Using an outdated browser makes your computer unsafe. For a safer, faster, more enjoyable user experience, please update your browser today or try a newer browser.

Guna Air Merawat Penyakit Kronik (KISAH BENAR)

Posted by on March 31, 2012

Air Penawar Al Afiah - Gambar Hiasan

“Puan, kanser yang puan hidapi sudah semakin teruk. Kita kena buat pembedahan segera untuk selamatkan puan”, kata doktor kepada Kak Pah (bukan nama sebenar).

“Ada cara lain ke doktor untuk buang kanser ni?”, tanya Kak Pah kepada doktor.

“Tak ada Kak Pah, kena bedah”, jawab Doktor.

“Beri saya masa untuk berubat cara kampung, Doktor”

“Baiklah, tapi kena segera, kalau tidak akan jadi lebih teruk”, doktor memberi amaran.

Kak Pah disahkan mempunyai kanser di rahimnya. Jika kansernya dibuang maka peluang untuk memperolehi cahaya mata akan tutup buat selamanya. Kanser itu juga boleh membahayakan dirinya jika tidak dibuang dengan segera.

Kebiasannya, pesakit yang disahkan mengidapi kanser akan diberi rawatan seperti Kemoterapi. Kemoterapi adalah satu rawatan yang menggunakan ubat-ubatan yang khusus dengan membunuh sel-sel kanser yang membiak. Kaedah rawatan ini juga boleh menyebabkan sel-sel yang sihat juga mati dan akan memberi kesan sampingan kepada pesakit seperti keguguran rambut dan sebagainya (rujuk sini).

KAK PAH IKHTIAR PERUBATAN ISLAM

Selepas disahkan oleh Doktor tentang penyakit kansernya, Kak Pah dan suaminya memohon kebenaran Doktor untuk menggunakan kaedah rawatan alternatif sebagai usaha terakhir sebelum menjalani pembedahan membuang kansernya.

Ditakdirkan beliau dan suami berjumpa dengan Ustaz Nabil Al-Hafiz yang dikenali sebagai seorang pengamal perubatan Islam.

Ustaz Nabil hanya memberikan beberapa botol air yang dibacakan dengan ayat-ayat suci Al-Quran kepada Kak Pah sebagai rawatan penyakit kansernya. Kak Pah dan suami berasa tidak yakin dengan air tersebut, bagaimanakah air dapat menyembuhkan penyakit kanser?

Secara logiknya, mustahil!

Dengan niat untuk berusaha, Kak Pah mengamalkan juga air penawar yang diberikan oleh Ustaz Nabil tadi sehingga tarikh pembedahan yang dijadualkan oleh doktor.

KE MANA PERGINYA KANSER ITU?

Sebelum melaksanakan sesuatu pembedahan, kebiasaannya Doktor akan membuat pemeriksaan terhadap keadaan kanser terlebih dahulu.

Apabila mendapat keputusan pemeriksaan, Doktor begitu terkejut!

“Kak Pah, kanser sudah tiada! Mustahil!”.

Ke mana perginya kanser itu?

AIR TIADA KUASA

Manusia hanya mampu berusaha, seperti mana kita mengalami sakit kepala lantas menelan Panadol dan sakit itu hilang. Begitu juga dengan Kak Pah yang berusaha menggunakan kaedah perubatan menggunakan ayat-ayat suci Al-Quran yang dihembuskan ke dalam air, beliau akhirnya sembuh daripada penyakit yang dihidapinya.

Sesungguhnya air tidak mempunyai apa-apa kuasa untuk memberi kesembuhan dan mudarat. Ubat-ubatan juga tidak mempunyai kuasa untuk menyembuhkan. Doktor juga tidak boleh menentukan bilakah seseorang itu akan mati, kerana Doktor hanya mampu meramal mengikut ilmunya.

Yang dapat memberi kesembuhan hanya Allah Yang Maha Berkuasa. Allah juga mampu menyembuhkan tanpa Si Manusia itu tidak berusaha apa-apa pun untuk mengubatinya. Tetapi kebiasannnya Allah mahu manusia itu berusaha terlebih dahulu sebelum bertawakal kepada-Nya.

INFO PUSAT RAWATAN ISLAM AL AFIAH :

Pengamal Perubatan : Ustaz Nabil Bin Mahathir Al-Hafiz
No. Telefon : 012-2784668 / 011-15683771
Alamat : C9-1-6, Flat Taman Melati, 53100 Setapak, Kuala Lumpur.
Jenis Rawatan : Rawatan penyakit Misteri seperti Saka, Santau, Sihir, Pulih Semangat, Penerang Hati dan sebagainya.
Facebook : http://www.facebook.com/PusatRawatanAlAfiah

Kini pesakit yang bernama Kak Pah tadi telah dikurniakan seorang cahaya mata dan hidup bahagia bersama suaminya. Alhamdulillah.

NOTA : Kisah ini adalah kisah benar cuma nama pesakit dirahsiakan. Boleh menghubungi Ustaz Nabil untuk keterangan lanjut.

Wallahua’alam.

ALLAH MAHA PENYEMBUH

Jamalie_Jam @ jamalrafaie.com
45700 Bukit Rotan, 2012.

Comments

comments

Powered by Facebook Comments

9 Responses to Guna Air Merawat Penyakit Kronik (KISAH BENAR)

  1. amin

    kuasa Allah..siape sngka

    [Reply]

    Jamal Rafaie Reply:

    Ya. Subhanallah..

    [Reply]

  2. Tengku Sabri

    salam, suatu hari nanti mungkin kita boleh berkomunikasi utk satu projek inshaallah
    -ukm student-

    [Reply]

    Jamal Rafaie Reply:

    Wasalam.. Insya-Allah.. Semoga dipermudahkan Allah..

    [Reply]

  3. mohd

    aslkm saya cuma nak bertanya, jika seseorang tu telah operation boleh ke dtang berjumpa dengan ustaz.

    [Reply]

    Jamal Rafaie Reply:

    Wasalam.. Boleh.. Tiada masalah.. Insya-Allah Ustaz dapat membantu..

    [Reply]

  4. siti hasmak arifin

    Asssalamualaikum ustaz…..anak saudara sy disahkan mengidap kanser mata dan sekarang ini mata nya mulai membengkak.doktor cadangkan agar mata nya di bedah.apa pendapat ustaz.

    [Reply]

    Jamal Rafaie Reply:

    Wasalam.. Puan boleh menghubungi PA Ustaz Nabil di talian 011-15683771 untuk sebarang perkongsian dan rawatan.

    Terima kasih.

    [Reply]

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

} window.setInterval("cycle1()",10000);