“Pembangunan spiritual dan infrastruktur harus seimbang”
“Saya nak bagi satu cadangan, apa kata pihak pengurusan universiti buatkan satu susur gajah untuk kami. Panaslah time pegi kelas”, seorang pelajar memberi cadangan.
“Saya pun nak bagi satu cadangan, boleh tak pihak pengurusan kolej sediakan tong sampah yang senang masukkan sampah dalam tu, tong sampah sekarang susah la nak gune, kena bukak penutup dulu la”, seorang lagi pelajar menambah.
Itulah realiti kehidupan kita hari ini. Terlalu memikirkan dengan kesenangan fasiliti saja. Tak kira la pelajar ke, orang awam ke, sama je. Satu hari sewaktu saya masuk ke dalam lif, saya dapat lihat kerja2 tangan orang yang ‘berpelajaran’. Sungguh memuaskan hasil kerja dia.. Kat bawah ni contoh2 hasil kerja orang yang ‘bijak pandai’…
Kita sering mengejar kemewahan dan kesenangan. Sibuk untuk mengumpul harta tetapi tidak sibuk mengumpul ilmu dan kekayaan agama. Benarlah kata2 Nabi Muhammad s.a.w yang mengatakan setiap umat mempunyai ujian dan ujian bagi umat akhir zaman ialah harta. Benar Ya Rasullullah.. Umatmu sedang leka..
Pembangunan spiritual (kerohanian @ moral) perlulah seiring dengan pembangunan infrastruktur. Ketika ini, kita disuap dengan kemajuan dunia, tetapi kita kurang didedahkan dengan ilmu kemasyarakatan dan akhlak Islamiyah. Kalau ada pun hanya belajar dalam kelas saja dan menjadi syarat untuk lulus peperiksaan jer. Praktikalnya tak ada..
Sama2lah kita mengubah diri kita. Jadi bangsa yang berfikiran secara GLOKAL. Global dan Local. Bermakna menjadi masyarakat yang berfikiran matang, berfikir untuk agama, bangsa dan negara. Terutamanya golongan pelajar, pointer 4.1 tidak menjamin kemajuan agama dan bangsa..