Jangan Jadi Pentaksub Tun M

Mungkin generasi hari ini hanya melihat KEJAYAAN Tun M tanpa ujian dan semuanya berjalan lancar. Sehingga ada yang mengherdik pemimpin sekarang dengan mengatakan terlalu teruk dan tiada kepimpinan.

Saya mahu mengajak saudara menelaah kembali buku yang ditulis sendiri oleh ayahanda Tun M yang berjudul Doctor In The House atau dalam versi Bahasa Melayu, Doktor Umum.

Di dalam buku tersebut ada menyebut tentang jerih perit Tun M dalam pentadbiran kerajaan dan politik. Dan saya merasakan bahawa masalah politik di zaman Tun M tidak jauh bezanya dengan zaman pemimpin sekarang.

Ketika saya dilahirkan, bapa saya tiada di sisi ibu saya. Beliau ketika itu sedang berada di Johor untuk menghidupkan semula UMNO yang telah diharamkan.

Saya dapat membayangkan betapa huru-haranya politik UMNO ketika itu dengan pertembungan Dr. Mahathir Vs Ku Li atau Team A Vs Team B sehingga diharamkan oleh mahkamah.

Huru-hara politik zaman Tun M menyebabkan UMNO diharamkan, sedangkan huru-hara politik zaman DS Najib belum sampai ke tahap itu.

Di zaman Tun M juga ada dijalankan Operasi Lalang disebabkan huru-hara berbentuk perkauman sehinggakan pemimpin politik daripada Kerajaan dan Pembangkang ‘dikutip’ oleh Polis bagi mententeramkan keadaan.

Zaman yang paling mencabar adalah di zaman Anwar Ibrahim dipecat. HANYA disebabkan satu manusia yang meliwat, seluruh negara menjadi huru-hara.

Bagi saya, prestasi penghujung karier adalah penting. Walau kita banyak berjasa tetapi di hujungnya hampeh, kita boleh dibuang macam sampah.

Tun M mendapat sanjungan sehingga kini kerana di hujung karier politiknya, beliau mendapat populariti yang membanggakan.

Saudaraku, jangan kita jadi pentaksub. Apa guna jadi pentaksub kalau nilai-nilai murni seseorang pemimpin itu tidak dicontohi? Jadilah pewaris yang mewarisi nilai-nilai yang baik.

Jamal Rafaie
16 September 2014
Kuala Selangor

Related Post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *