Radix Fried Chicken


“Aduh.. Terliur pulak tengok ayam kat RFC ni. Pergi RFC jom esok”, saya berkata kepada teman selepas melihat promo RFC di internet.

“Nak ikut, nak ikut. Aku pun nak ikut gak”, kata teman yang lain yang kebetulan mendengar perbualan kami tentang rancangan ke RFC.

“Boleh gak pergi. Dah lama sebenarnya nak pergi RFC ni. Esok pagi kita pergi”, kata teman yang lain.

“SETTT!! Esok kita gerak!!”, semua bersetuju dengan semangatnya. Pengembaraan kami pun bermula.

BACA SETERUSNYA>>

PERJALANAN KE RFC SG. PETANI

Perjalanan yang lancar bermula dari Pangsapuri Idaman dan melalui Lebuh Raya Utara Selatan menuju ke Plaza Tol Sg. Petani Selatan. Alhamdulillah. Perjalanan mengambil masa selama 45 minit sangat mencabar dek kepanasan sinaran matahari dan kelaparan yang teramat sangat sewaktu di atas motorsikal lagi.

Sudah lama saya ingin mencuba RADIX FRIED CHICKEN ini. Peluang seperti ini tidak akan saya sia-siakan untuk mencuba resepi atau produk daripada HPA Sdn. Bhd. Produk 100% MUSLIM dan BUMIPUTERA pastinya menjadi alternatif yang ditunggu-tunggu oleh setiap orang bergelar muslim. Walaupun saya antara yang ketinggalan mencuba produk ini.

Gelagat di RFC..

Baru sahaja dapat makanan

Bagaikan dah lama tak makan

Antara yang dipesan

Antara yang dipesan adalah set Combo B yang berharga lebih kurang RM 53. Apa yang menarik untuk dikongsi, ayam FRC adalah ayam yang dibela secara organik. Kerana itulah dagingnya agak putih daripada ayam yang sedia ada sekarang.

KOMEN UNTUK RFC

Secara keseluruhannya adalah baik. Bukan mudah untuk membuka restoran ayam goreng organik dan Islamik, pastinya banyak cabaran dan wang yang dikeluarkan semata-mata untuk memberi alternatif kepada orang Islam bagi memperoleh makanan yang halalan toyyibah. Jadi perlulah kita menyokong RFC.

Ayam RFC adalah ayam organik dan digoreng dengan tepung herba. Rasanya agak kurang sedap dari ayam KFC, tetapi dari segi khasiat pastinya RFC lebih baik, InsyaAllah..

Khasiat Ayam Organik RFC

Coleslow RFC agak kurang menjadi tetapi boleh diperbaiki. Meshed Potato atau kentang putarnya banyak menggunakan herba dan kerana itulah rasanya agak ke arah herba sedikit. Pasti tidak dilupakan ialah Radix Cola yang kurang gas. Sos RFC amat saya puji kerana ianya sedap dan setanding dengan sos cili LIFE yang femous itu.

Sos Cili HPA

Untuk penerangan dengan lebih terperinci lagi tentang menu-menu di atas, bolehlah ke website rakan saya, Saudara Fitri. Penerangan yang lebih mantop..

RFC terdapat 3 cawangan iaitu 2 di Sungai Petani dan 1 di Shahab Perdana dan akan berkembang dari semasa ke semasa. Dengar cerita di cawangan di Johor pula akan dibuka. Moga-moga usaha yang murni ini dapat diteruskan lagi. Cawangan yang terhad menyulitkan pemberian alternatif kepada MUSLIM. Tetapi kami faham dengan keadaan RFC yang sedang berkembang.

Saya berharap juga agar RFC tidak hanya bergantung dengan status HALAL nya. Jika status ini dipegang bagi mendapatkan pergantungan bisnes, saya kuatir RFC kurang menjaga kualiti produk dan tidak terasa untuk meningkat kualiti produknya. InsyaAllah RFC akan setanding dengan KFC dan restoran fast food yang lain.

Terima kasih kepada Pidin, Fitri, Najiy, Azahari dan Faiz kerana sudi bersama-sama dalam ‘pengembaraan ke RFC’ ini. Terima kasih kepada Fitri dengan bekalan foto-foto yang diambil semasa kita di sana.

Moga RFC Maju Jaya!

Blogger Templates

Jamalie_Jam @ jamalrafaie89.blogspot.com
13600 Perai, Pulau Pinang.

Related Post

2 Replies to “Radix Fried Chicken”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *